Trend Makan Kurma Dengan Butter, Sihat Ke? Ini Penjelasan Doktor & Ustaz
Pilih pure butter tau!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dapat dilihat trend makan kurma dengan butter telah viral baru-baru ini
Difahamkan, kurma merupakan makanan yang berkhasiat dan disarankan untuk dimakan semasa sahur dan berbuka.
Namun, baru-baru ini trend makan kurma dengan butter telah viral di media sosial. Akibat itu, ramai yang mula cuba dan amalkan. Tetapi, ada juga yang bertanyakan adakah sihat makan dengan butter?
Doktor Wan ini menjelaskan pengambilan kurma butter yang sederhana memang disarankan.
Butter diperbuat daripada krim dan susu sebab itu kita panggil butter, saturated fat. Lemak tepu tidak bahaya kepada badan manusia. Badan manusia memerlukan saturated fat tetapi tidak melebihi 10% daripada kalori harian.
Marjerin diperbuat daripada minyak sayur yang asalnya liquid jadi beku sebab adanya hydrogen proses. Sebab itu terbentuk trans fat yang bahaya. Marjerin boleh berpunca kepada serangan jantung, kerosakan salur darah dan salur darah sempit.
Pastikan anda sapukan kurma dengan pure butter ya! Kalau ada vegetable fat dalam bahan maknanya bukan pure butter!
Berikut merupakan jenama pure butter yang boleh anda gunakan:
"Halal dan kreatif, boleh mendorong orang untuk mencintai makan kurma, kamu telah membantu Nabi untuk menyebarkan sunah-sunah Nabi SAW, bagus makan saja", kata Ustaz Don
Ustaz Don juga menyokong pengambilan kurma butter. Katanya bukan saja dapat mendorong orang lain suka makan kurma, ia juga satu inisiatif yang baik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!