Trio Pecut Wanita Malaysia Raih Perak, Cipta Sejarah Pecah Rekod Kebangsaan Baharu

Tahniah buat skuad pecut berpasukan negara kita!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Skuad pecut berpasukan wanita negara mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat perak sambil memecahkan rekod kebangsaan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini

SAYS.com
Image via Harian Metro

Trio yang dibarisi Izzah Izzati Asri, Anis Amira Rosidi dan Nur Alyssa Farid itu mencatat masa 48.566 saat (s) dalam aksi final di Velodrom Izu, Shizuoka.

Mereka terpaksa akur dengan pingat perak selepas China yang dibarisi Luo Xuehuang, Yuang Liying dan Jiang Yulu memenangi emas dengan catatan 45.370s, sekali gus mencipta rekod Asia baharu.

Menurut laporan Berita Harian, rekod Asia sebelum ini turut menjadi milik China dengan catatan 45.487s yang dilakukan pada 2024.

Taiwan pula membawa pulang gangsa selepas mencatat 49.061s, manakala Jepun merekodkan 49.137s dalam perlumbaan penentuan gangsa.

Lebih membanggakan, Izzah, Anis dan Alyssa terlebih dahulu memecahkan rekod kebangsaan dalam pusingan pertama apabila mencatat 48.023s

SAYS.com
Image via Berita Harian

Catatan itu mengatasi rekod kebangsaan 48.086s yang dilakukan pada Kejohanan Asia (ACC) Tagaytay 2025.

Dalam sesi kelayakan awal, trio negara turut mencatat 48.187s untuk berada di tempat kedua di belakang China yang merekodkan 46.672s.

Pencapaian ini menyaksikan Malaysia memperbaiki kutipan pingat berbanding Sukan Asia Hangzhou apabila skuad pecut berpasukan wanita negara sebelum ini sekadar meraih gangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: