seismik

"Tuang Air Oren Jadi Kuah" - Tindakan ADUN Perlekeh Menu Rahmah Ini Undang Kecaman Netizen

Tindakannya itu dilihat kurang sopan dan memalukan.

Cover image via @budinwmaju (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 'memperlekeh' Menu Rahmah dilihat kurang sopan dan memalukan oleh pengguna media sosial

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik semula oleh pengguna di Twitter, memaparkan ADUN terbabit menuang air oren ke atas nasi yang dimakannya.

Klip video berdurasi 15 saat itu menunjukkan ADUN terbabit seolah-olah tidak berpuas hati dan berkongsi kekurangan pada Menu Rahmah itu.

“Ikan seekor, sayur, kuah tiada pula...ini kuah dia (sambil menuang air oren ke dalam nasi). Barulah rasa nasi,” katanya dalam video tersebut.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

Bagaimanapun, video asal yang dipercayai dimuat naik dalam akaun TikTok milik ADUN itu sudah dipadamkan.

Sebagai rekod, Menu Rahmah merupakan inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan memerlukan untuk membeli makanan seimbang pada harga RM5 ke bawah.

"Astaghfirullah, sedihnya tengok. Sombongnya dia dengan nikmat yang Allah bagi" - Netizen

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan ADUN terbabit yang didakwa mereka sangat memalukan dan menghina rezeki yang ada didepannya.

Malah, ada yang menganggap beliau tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi dan sombong didepan rezeki.

Ketika artikel ini ditulis, video itu sudah pun meraih lebih 482.7K views, 3,151 retweets dan 3,787 likes di Twitter.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:

Apa-apa pun, jom sama-sama kita hayati maksud hadis Nabi mengenai sunnah untuk tidak mencela makanan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: