seismik

WONDA Coffee Diiktiraf Guinness World Records Cipta Video Timbang Bola Terpanjang Di Dunia

WONDA Coffee menjadi yang pertama mencipta video timbang bola terpanjang di dunia.

Cover image via Wonda Coffee Malaysia (Facebook) & Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, WONDA Coffee telah berjaya mencatatkan rekod dalam Guinness World Records untuk 'The Largest Online Video Chain of People Performing Football Juggle' yang disertai peminat bola sepak di seluruh Malaysia

Gelaran rekod baharu tersebut disampaikan oleh pengadil rasmi Guinness World Records kepada Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan di mana pengikirafan ini membuktikan kejayaan Wonda Coffee untuk sekali lagi meraih pencapaian yang mengagumkan

Bersempena dengan Piala Dunia FIFA yang berlangsung di Qatar tahun lepas, WONDA Coffee telah menganjurkan kempen #WONDABolaCorner untuk menyatukan peminat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menyertai aktiviti yang bermatlamat untuk mengubah sejarah sambil mengetengahkan minuman kegemaran rakyat negara iaitu WONDA Kopi Tarik.

Dari kiri: Pengurus Pemasaran WONDA Coffee, Oliver Kau; Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan; Freestyle Footballer, Qhourunissa dan wakil Pengadil Rasmi Guinness World Record, Yip Chong Wai Jacob.

Image via Wonda Coffee Malaysia (Facebook)

Bola sepak adalah sukan yang boleh dimainkan hampir di mana-mana sahaja, begitu juga dengan WONDA Kopi Tarik yang boleh dinikmati rakyat Malaysia di mana-mana saja mereka berada.

Kelazatan kopi yang baru dibancuh ini juga boleh dibuat teman sambil menonton 'The Most Watched Game on Earth'.

Walaupun Malaysia tidak layak untuk ke Piala Dunia, kempen ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia untuk mencapai pengiktirafan dunia melalui platform bola sepak dalam aspek yang berbeza.

Cipta rekod Guinness World Records dengan mencipta video timbang bola

Teknik menimbang bola memerlukan tahap kemahiran tertentu dan tidaklah semudah kemahiran penghantaran bola.

Dalam usaha menyemarakkan lagi rasa cinta rakyat Malaysia untuk sukan ini serta menggalakkan penyertaan, beberapa pemain bola sepak terkenal di Malaysia seperti Mohd Faiz Subri, Safiq Rahim, Qhouirunnisa, Steffi Sidhu serta ramai lagi telah memulakan gerakan timbang bola demi mengubah sejarah dengan WONDA Coffee.

Mengulas lanjut, Amy Gan memberitahu WONDA Coffee bertekad untuk menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan geografi di seluruh negara melalui media sosial untuk mencipta sejarah dengan matlamat untuk memecahkan Guinness World Records yang melibatkan rakaman video para peserta menimbang bola dengan sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkan bola.


“Inisiatif ini merekodkan kejayaan yang besar dan kami terharu dengan sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan besar-besaran rakyat negara yang jauh melebihi jangkaan awal kami. 

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang luar biasa sepanjang kempen ini dan kami berharap usaha kami dapat terus menyatukan komuniti sambil kita meraikan pencapaian yang penting ini.

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini dan kejayaan ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna setelah setahun berusaha untuk memperjuangkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah negara yang lebih bersatu dengan WONDA Coffee. 

"Kami di WONDA Coffee kini lebih bersemangat untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu jenama kopi RTD (Ready To Drink) terkemuka negara sambil berusaha untuk terus menarik minat pelanggan tempatan,” kata Amy.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: