seismik

"#TUDUM" - Team SEISMIK TV Kongsi Pengalaman Bercuti & Hadir Event Netflix Di Singapura

Tahukah anda, bunyi #TUDUM sahaja telah dimainkan lebih dari 9 billion kali tahun lepas!

Cover image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, team SEISMIK TV telah dijemput oleh Netflix Malaysia untuk menghadiri event #Tudum

Di mana kami dapat merasai sendiri dan experience suasana serta setup daripada pelbagai program siri di Netflix.

Kalau korang nak tahu experience macam mana, kena tengok video ini di bawah!

@says.seismik Tinggal lagi 3 hari untuk event #Tudum Kalau nak tahu macam mana experience dia, tengok video ni sampai habis! @Netflix Malaysia #StrangerThings #Bridgerton #aliceinborderland original sound - saysseismik

Apa sebenarnya maksud #TUDUM ini?

Pasti korang pernah dengar alunan rentak intro di setiap filem atau siri di Netflix bukan? 

Rentak #TUDUM bukan lagi asing untuk peminat siri Netflix disebabkan bunyi keunikannya yang mudah diingati, bunyi #TUDUM sahaja telah dimainkan lebih dari 9 bilion kali tahun lepas! 

Oleh kerana itu, trademark ini digunakan untuk acara #TUDUM buat fans Netflix di luar sana.

Untuk pengetahuan korang, event ini dijalankan di Singapura. Yang bestnya tentang trip ini, kami diberi peluang untuk menginap di Marina Bay Sands dan dapat menikmati layanan istimewa ala-ala Crazy Rich Asians. 

Kami juga dapat berjumpa dan bersosial bersama content creator dari negara-negara Asia Tenggara!

Pemandangan Gardens by the Bay dari balkoni bilik hotel.

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Ada sweet surprise dari Marina Bay Sands dan Netflix Malaysia! Bukan selalu kami dapat layanan seperti ini.

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Pejabat Netflix di Singapura merupakan HQ Netflix di Asia Pasifik

Keesokan harinya, kami dijemput ke pejabat Netflix. Kalau korang nak tahu, ini adalah HQ Netflix Asia Pasifik.

Cool kan HQ Netflix Asia Pasifik?

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Kami sangat teruja dapat tengok keunikan reka bentuk pejabat mereka. Siap ada cinema room dan pantri yang besar dilengkapi dengan makanan dan minuman PERCUMA! Rasa macam nak kerja dekat sini lah!

Lobby Netflix APAC HQ

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

The Crown: Cinema Room

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Pantri HQ Netflix APAC

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Seterusnya, kami pulang ke hotel sekejap untuk bersiap ke main event. Kami menerima kad kejutan #SquidGame daripada Netflix!

Bila kami turun di lobby, terdapat sekumpulan orang yang memakai sut merah seakan-akan karakter dalam Squid Game datang menghampiri kami.

Scary!

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Tema pakaian untuk main event adalah pemakaian seperti siri di Netflix. Kami memilih untuk berdandan seperti di zaman 80-an sesuai dengan siri kegemaran kami iaitu Stranger Things.

Sebelum ke main event, kami dibawa ke Four Seasons untuk bersolek seperti Emily in Paris.

Berangan jadi Emily in Paris.

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Dah touch-up seperti Emily in Paris, jom kita experience #TUDUM di Mandala Club.

Bermain kasut roda di #StrangerThings setup. Rasa macam Eleven dekat episod 2 musim 4.

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Di setup Alice in Borderland.

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Di setup Bridgerton.

Image via Aina Mariah/SEISMIK TV

Dapat kejutan satu set 'Swag kit' daripada Netflix Malaysia

Sedar tak sedar, dah tiga hari di Singapura. Pada hari terakhir kami di sini, kami diberi lagi kejutan dengan satu set Swag kit daripada Netflix Malaysia. Tengok ni!

Jadi kami pulang ke Malaysia bukan sahaja dengan tangan kosong, tetapi kami dapat merchandise dan experience yang tak akan kami lupakan.

Itu sahaja trip kami di Singapura. Terima kasih Netflix Malaysia untuk tajaan 3 hari 2 malam yang tak akan kami lupakan ini. Harap lepas ini ada lagi eh! Hehehe :D

Jangan lupa untuk strim TUDUM: A Netflix Global Fan event di YouTube Netflix pada 24 dan 25 September ini

#TUDUM bakal menampilkan berita-berita eksklusif, treler dan wawancara bintang kegemaran Netflix korang.

Acara #TUDUM ini bakal distrimkan secara percuma untuk meraikan Netflix fandom serta menampilkan 120 siri netflix, filem, dan lebih 200 bintang Netflix buat anda.

Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang aturcara #Tudum:

24 September 2022

10:00 a.m - Berita eksklusif dan siri dari Korea

1:30 p.m - Berita eksklusif dan siri dari India

25 September 2022

1:00 a.m - Berita eksklusif dan siri dari Amerika, Eropah, Latin Amerika dan negara-negara lain

12:00 p.m - Berita eksklusif dan penutupan tirai oleh bintang-bintang dari Jepun

#Tudum akan distrimkan di YouTube Netflix dalam pelbagai bahasa. Jangan lupa untuk set YouTube reminder korang sekarang pada 25 September pukul 1 pagi nanti okay.

Follow @netflixmy di Instagram dan Twitter untuk updates terkini!

TUDUM!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: