seismik

'Tugu Itu Wajib Dirobohkan' - Ikon Pulau Langkawi Bakal Hilang Kerana Didakwa Haram

Kesian encik helang. :'(

Cover image via SAYS

Menurut Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim, membina atau memasang replika haiwan sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Image via www.sinarharian.com.my

Dalam tulisannya pada sisipan “Ibrah” di akhbar Berita Harian 2 September lalu, Zamri mengetengahkan hadis riwayat Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad bersabda:

“Setiap pembuat patung diazab baginya di dalam neraka kerana menjadikan setiap patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.

“Ijmak seluruh ulama daripada semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang.

“Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan

“Manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar."

Ternyata, kenyataan Timbalan Mufti Perak itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap isu remeh sebegini tidak perlu langsung dibangkitkan.

Image via Facebook
Image via Facebook

Susulan daripada itu, pihak Mufti Kedah berkata mereka akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan

Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata selepas perbincangan rasmi, perkara itu akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tindakan susulan diambil.

“Kita belum lihat perkara ini tapi kalau ada (gesaan), kita akan bincang secara rasmi. Buat masa ini mufti tak kata apa lagi dan isu ini telah berlalu lama. Pihak kita akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa terutamanya, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan kita akan lihat apa yang patut untuk dikemukakan pada PBT,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu Marwazi berkata, ketika pembinaan tugu tersebut, pihak yang membuatnya tidak merujuk kepada Jabatan Agama Negeri Kedah terlebih dahulu.

malaysiakini.com

Namun begitu, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) membantah sebarang cadangan merobohkan helang berkenaan kerana replika raksasa itu telah menjadi tarikan pelancongan sejak lebih 20 tahun

Lagipun, ia bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti yang bertentangan dengan agama.

Yang dipertua LTA, Zainuddin Kadir berkata beliau telah menghantar surat kepada Zamri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.

"Saya masih lagi menunggu jawapan dan bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan beliau berhubung perkara ini, jika perlu," katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa pihak berkuasa negara sebenarnya ingin merobohkan helang tersebut bagi menghapuskan legasi terulung Tun Dr Mahathir ke atas Pulau Langkawi

Image via Facebook
Image via Facebook

Entahlah. Anda rasa?

Image via gifrific.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Eh, banyaknya benda haram...

You may be interested in: