seismik

Tukang Urut Kongsi Kisah Nampak Lembaga Hitam Jilat Pad Berdarah Di Kondominium Pelanggan

Apabila hendak membuang sampah di tong sampah, Kak B terlihat longgokan pad berdarah di dalamnya menjelaskan bau busuk rumah itu.

Cover image via Google

Sudah menjadi adat orang Melayu, kebiasaannya sesudah seorang wanita selamat bersalin, dia perlu melalui proses berpantang

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via The Reporter

Memang telah menjadi lumrah, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan.

Antara amalan berpantang yang dilakukan wanita-wanita ini termasuklah memakai bengkung, bertungku, berurut, dan lain-lain demi mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin, tahap kesihatan dan kecergasan, serta rupa paras yang menawan. 

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via Inspire Rich

Proses berpantang boleh dilakukan secara sendirian, namun terdapat juga segolongan wanita yang mendapatkan bantuan daripada ibu atau ibu mertua masing-masing, bahkan terdapat juga yang menggunakan khidmat orang luar.

Tapi gerun pula dengan kisah yang dikongsikan seorang tukang urut wanita ini.

Baru-baru ini Nurul Basyarah yang merupakan seorang tukang urut wanita telah berkongsikan kisahnya bertembung dengan lembaga hitam ketika berada di rumah salah seorang pelanggannya

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via Google

Nurul Basyarah yang lebih mesra disapa Kak B telah menceritakan bagaimana rumah pelanggannya itu sudah berbau busuk sedari awal dia jejakkan kakinya buat pertama kali ke rumah itu.

Bukan itu sahaja, sedang Kak B mengurut pelanggannya itu, dia dapat rasakan dirinya seolah-olah diperhati sesuatu. Apabila hendak membuang sampah di tong sampah, Kak B terlihat longgokan pad berdarah di dalamnya menjelaskan bau busuk rumah itu.

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via Blog Fitrah Sunnah

Paling menggerunkan sekali apabila Kak B ternampak sendiri dengan matanya satu lembaga hitam sedang menjilat pad yang penuh dengan darah. Kak B siap ditegur lagi oleh lembaga hitam tersebut!

Betul-betul menakutkan ini!

Baca di bawah perkongsian penuh Kak B:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita seram di SAYS Seismik:

You may be interested in: