Tukar Idea Dengan Orang Luar Negara, Sofyank Berniat Buka Syarikat Produksi Visual Khas
Goodluck Sofyank!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh, Sofyank sedang dalam perancangan untuk merealisasikan hasratnya membuka syarikat produk sendiri dalam bidang teknik kesan visual khas (VFX)
Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdulah, 28, sedang mencari individu yang mempunyai bakat serta kemarhiran dalam bidang sama sepertinya.
“Buat masa sekarang ini saya sedang mencari individu yang boleh buat apa yang saya buat, maksudnya di dalam bidang VFX ini. Saya juga sudah menghubungi beberapa orang.
“Kami sedang bertukar idea dan menilai kebolehan masing-masing. Antaranya adalah dengan seorang individu yang pernah melibatkan diri dengan pembikinan filem antarabangsa.” katanya.
Sofyank berkata demikian ketika ditemui di sidang media TikTok Awards yang berlangsung di The Estate on Federal Hill, Petaling Jaya baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, pempengaruh yang pernah membuat video bersama pereka kandungan digital terkemuka antarabangsa, Zach King ini sedang dalam proses untuk mengukuhkan kewangan bagi mencapai impiannya membuka syarikat.
“Apabila sudah tiba masa dan mempunyai bajet yang mencukupi saya akan buka syarikat produksi. Saya akan perlahan-lahan buka syarikat tersebut tapi saya tak akan buka syarikat yang besar.
"Mungkin akan mulakan dengan konten yang lebih berkualiti daripada yang sebelum ini. Kemudian hasilkan filem pendek dan barulah ke produksi yang lebih besar,” katanya lagi.
Sementara itu, Sofyank turut terbuka untuk menerima sebarang tajaan bagi menghasilkan kandungan digital yang lebih menarik dalam masa akan datang, namun dia perlu menilai terlebih dahulu bagi mengelak perkara tidak diingini terjadi.
“Untuk menghasilkan filem yang besar, kami terbuka untuk menerima penaja kerana ia akan menggunakan kos yang tinggi,” katanya.
Sekadar info, Sofyank tercalon dalam kategori Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.
Selain Sofyank, antara TikTok creator yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Ryan Bakery, Che Sayang Kitchen, dan Sofea Shraa.
Siaran langsung anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 ini boleh menonton siaran langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!