seismik

Mahu Tukar Tarikh Tiket 'Flight' Secara Online? Ikuti 6 Langkah Mudah Ini

Lepas ni bolehlah cuba. Mudah je!

Cover image via Airliners

Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai perkara ini. Anda boleh menukar tarikh tiket flight anda melalui online sahaja.

Buat penumpang-penumpang AirAsia, anda boleh menukar tarikh tiket penerbangan anda secara online, dengan syarat anda perlu ada akaun Air Asia yang membolehkan anda untuk manage booking secara online.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Linda Livan George melalui satu post miliknya pada 10 Julai lalu yang telah mendapat 20,000 shares.

Menurutnya, untuk menukar tarikh tiket kapal terbang, tiket tersebut mestilah 48 jam sebelum waktu penerbangan dan pastikan anda belum check in. Diingatkan juga, caj berlebihan juga akan dikenakan kepada sesiapa yang ingin menukar waktu tiket penerbangan mereka.

Image via SBS

Jadi, bagaimanakah cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Klik edit itinerary

Dalam pilihan edit itinerary anda boleh change/upgrade flight atau split booking. Klik change/upgrade flight.

2. Pilih tarikh

Pilih tarikh yang anda mahu tukar dan klik continue.

3. Pilih penambahan lain

Akan keluar ruangan untuk anda beli makanan, seat, insuran, hotel, bas dan red carpet sebagai penambahan. Tandakan ruang yang disediakan di bawah dan klik continue.

4. Lihat harga tiket baru

Satu paparan akan keluar menunjukkan harga tiket terbaru anda. Seperti di atas, harga tiket sebelumnya ialah RM318.90. Caj yang dikenakan untuk pertukaran tiket adalah sebanyak RM139.62.

5. Review dan confirm flight anda

Review dan confirm-kan flight anda.. Sekiranya segalanya ok, tick pada terma & syarat kemudian pilih cara bayaran yang ingin dibuat.

6. Selesai

Satu paparan akan keluar menunjukkan tempahan anda sudah confirmed. Harga total tiket juga dipaparkan.

Jika anda kurang faham mengenai harga tiket tersebut. Baca penjelasan Linda di bawah:

Saya tak ckp benda ni FREEEEE....

Tiket lama ;
Pergi RM119
BALIK 16hb harga rm189
Tiket baru utk balik;
23hb harga rm260.62
Lpas contra+fee cas bayar rm139..
TOTAL TIKET RM458.52
Mahal ke?

Pandai² lah buat perbandingan mahal atau murah..
Sebab murah & jimat duit saya beli..
Sebab saya baru TAHU & Saya share benda yg baik pun,ada yang kata saya BEBAL..

facebook.com

Anda rasa maklumat ini bermanfaat? Selamat mencuba!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS:

More stories to read: