Tular Aksi Tidak Senonoh Dalam MRT Undang Kecaman Ramai, Netizen Gesa Ambil Tindakan

Difahamkan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku dan selalu terjadi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang selepas tular satu rakaman memaparkan dua remaja dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah koc Transit Aliran Massa (MRT)

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Threads, dia mendakwa perlakuan pasangan terbabit bukanlah sesuatu yang baharu dan sering terjadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku ketika tren sedang beroperasi itu mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati pengguna lain yang turut berada di dalam pengangkutan awam berkenaan.

"Bukan niat nak menghina, tapi dorang ni memang budak flat dan memang selalu dorang macam tu, even kat tempat public. Tunggu masa nak kena tangkap basah je tu," tulisnya.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai dan dibanjiri komen netizen yang berpendapat orang ramai tidak sepatutnya hanya menjadi pemerhati sekiranya berdepan situasi sedemikian

Seorang pengguna dikenali sebagai Elarasofena berkata tindakan menegur secara terbuka mungkin boleh membuatkan individu terbabit berasa malu dan menghentikan perlakuan mereka.

"Kalau saya, saya jeritkan saja, 'Hoi, meraba-raba pula! Dah kahwin belum ni?' Biar semua orang dengar, alang-alang semua orang pun dah nampak," katanya.

Seorang lagi pengguna, Bin_esha04 pula berpendapat tindakan tegas perlu diambil supaya perlakuan tidak bermoral seperti itu tidak berulang.

"Tegur saja kuat-kuat. Kalau tak tegur, buat lagi next time. Berani sangat budak-budak ni," katanya.

Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan supaya orang ramai merakam kejadian sebagai bukti sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa atau petugas pengangkutan awam.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: