seismik

Tular Cikgu Siram Air Dekat Murid Sebab Tidur, Video Ini Cetus Bualan Netizen Di TikTok

Patut ke tak?

Cover image via @ema961 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semasa di zaman persekolahan, pasti kita semua pernah ada pengalaman didenda oleh guru betul tak?

Walaupun sakit hati dan malu dengan kawan sekelas gara-gara didenda, hakikatnya itu semua yang mematangkan kita dan menjadikan kita manusia lebih berguna.

Namun, tular sebuah video di TikTok baru-baru ini memaparkan tindakan seorang cikgu menyiram air ke atas kepala muridnya yang sedang tidur telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ema961 Cikgu Siram Murid Sedang Tidur #Fyp #fyp bunyi asal - ema961

Ramai kurang setuju dengan tindakan siram air dekat kepala murid

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ema961, kelihatan cikgu itu sedang mengajar murid-murid di dalam kelas.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia dilihat bertindak menyiram air ke atas kepala salah seorang anak muridnya yang sedang tidur.

Walaupun punca pelajar tersebut tidur di dalam kelas tak dapat dikenal pasti, ramai yang berasa simpati melihatnya dimalukan dengan cara begitu oleh cikgunya sendiri.

"Macam tak kena je, saya dulu tahun 80-an sekolah rendah tertidur. Cikgu kejutkan suruh basuh muka" - Netizen

Ternyata, video berkenaan telah mencetuskan perbualan netizen di TikTok. Rata-rata mereka kurang setuju dengan tindakan cikgu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 46.8K likes dan 1.8K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hmm. Apa pendapat korang tentang video ni?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: