seismik

Tular Mydin Mall Di Meru, Ipoh Jual Baju Melayu Sehelai Hanya RM5 - "Alhamdullilah Rezeki"

Terima kasih Mydin, terbaik!

Cover image via @abdulazimbinabdulilah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih murah dan banyak pilihan menyebabkan ramai memilih untuk membeli baju raya siap dipakai berbanding menempah dengan tukang jahit

Malah, baju raya yang siap dipakai ini pula boleh didapati mudah di butik, pusat beli-belah, pasar raya dan selain lambakan pelbagai jenama yang boleh dibeli secara online.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Tetapi lain pula bagi Mydin Mall di Meru, Ipoh, Perak yang menawarkan baju Melayu sehelai pada harga cuma RM5 untuk baju sahaja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, @abdulazimbinabdulilah dia terkejut apabila mendapati ada baju raya yang dijual semurah RM5.

"Alhamdulilah geng-geng bapak2 awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah, awal ramadan, raya pula," katanya menerusi caption video tersebut.

Difahamkan, baju Melayu RM5 sehelai yang dijual di Mydin Mall itu tidak termasuk dengan seluar

Menurut @abdulazimbinabdulilah lagi, video dibuatnya itu bukanlah ‘paid review‘, sebaliknya dia mahu berkongsi info kepada orang ramai.

Ramai yang bertanyakan padanya sama ada baju tersebut dijual di semua Mydin atau tidak.

Bagaimanapun, dia menjelaskan kurang pasti kerana hanya tahu mengenai baju murah itu kerana ada urusan kerja di pasar raya tersebut.

"Bagi kita yang ada duit nampak macam tak berharga tapi bagi orang kurang mampu dapat baju raya pun dah bersyukur" - Netizen

Dalam pada itu, rata-rata netizen berasa terharu dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak Mydin dalam menawarkan harga yang murah untuk pembelian baju raya tersebut.

Ada juga yang mencadangkan supaya lebih banyak lagi pihak yang tampil untuk menawarkan harga baju raya mampu milik kepada orang ramai.

"Jangan sebab kita mampu beli yang mahal, kita perlekehkan mereka-mereka yang kurang berkemampuan. Ingat apa yang kita ada hari ini semua dari Allah. Jangan sombong," kata salah seorang netizen.

"Meringankan beban pada yang kurang mampu satu ibadah juga. Tahniah Mydin," ujar seorang lagi netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@abdulazimbinabdulilah Alhamdulilah geng2 bapak2 awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah,awal ramadhan,raya pulak #ramadhan2024 #raya2024 #mydin #rakyat #ayah #fyp bunyi asal - ༺༻ - ༺༻

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: