Tular Pengayuh Beca Di Penang Fasih 16 Bahasa Bantu Pelancong Selami Warisan Di George Town
Respect!
Cover image via BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengayuh beca di George Town berjaya membantu pelancong asing untuk lebih mengenali warisan dan sejarah di sekitar pekan itu dengan keupayaannya boleh bertutur dalam 16 bahasa
Menerusi laporan Bernama, pengayuh beca yang mahu dikenali sebagai Chiko, 70, berkata dia mampu bertutur dalam 16 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Arab, Tamil dan Greek.
Anak kelahiran Pulau Pinang berbangsa Cina itu memaklumkan beliau telah menceburi profesion sebagai pengayuh beca sejak lebih empat dekad lalu.
Ianya juga bukan hanya sekadar mencari nafkah malah menjadi amanah bagi memastikan identiti pelancongan Pulau Pinang terus hidup dan dihargai generasi akan datang.
Keupayaan yang dimiliki membolehkan beliau berinteraksi dengan pelancong dari pelbagai negara sambil berkongsi kisah di sebalik bangunan warisan, lorong-lorong bersejarah dan kepelbagaian budaya yang menjadikan George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BernamaMampu bertutur pelbagai bahasa hasil pengalaman mengelilingi dunia
Semuanya hasil daripada pengalaman enam tahunnya bekerja sebagai pemandu kapal mengelilingi dunia, sebelum memilih menjadi pengayuh beca.
"Saya belajar bahasa asing untuk berkomunikasi dengan orang ketika bekerja sebagai pemandu kapal dan sejak 40 tahun lepas sehingga sekarang, saya gunakan kelebihan boleh bertutur itu untuk menarik pelancong asing menaiki beca bagi melihat bandar George Town.
"Kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelancong asing yang sememangnya mencari pengalaman menaiki beca, bagi menikmati suasana bandar warisan itu dengan lebih dekat," katanya.
Menurut Chiko, musim paling sibuk ialah apabila kapal persiaran berlabuh di Pulau Pinang, terutama pada penghujung tahun, di mana ramai pelancong asing membanjiri bandar warisan itu.
Walaupun pendapatannya bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong dan tidak menentu, beliau tetap bersyukur kerana mampu memperoleh antara RM80 hingga RM150 sehari pada hari yang baik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


