Tun M Dimasukkan Ke IJN Untuk Pemerhatian Selepas Pemergian Tun Dr Hasmah

Semoga kesihatan Tun M baik-baik saja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan ke hospital itu sejak semalam untuk menjalani pemerhatian

Menurut laporan Sinar Harian, berita itu dimaklumkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir yang berkata keadaan bapanya ketika ini baik dan tidak membimbangkan.

Menurut Mokhzani, keputusan untuk memasukkan Dr Mahathir ke IJN dibuat susulan tempoh dua hari yang cukup mencabar buat bapanya selepas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

"Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Allahyarham Dr Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di IJN pada pagi 28 September lalu sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama

Istiadat Pengebumian Negara turut diadakan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebelum ini, seorang lagi anak pasangan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan bahawa Dr Mahathir berada di IJN bagi menemani isterinya sepanjang menerima rawatan sebelum pemergiannya.

Dr Mahathir dan Dr Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini genap 70 tahun usia perkahwinan mereka. Pasangan berkenaan dikurniakan tujuh cahaya mata.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik