UM Jadi Universiti Pertama Malaysia Tergolong Dalam Ranking Top 200 Dunia

Kedudukan itu direkod oleh Times Higher Education (THE) World University Rankings bagi tahun 2027.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & UM

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Malaya (UM) kini tersenarai dalam kalangan 200 universiti terbaik dunia

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan UM, universiti itu menduduki tempat ke-194 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings bagi tahun 2027, sekali gus menjadikannya universiti pertama di Malaysia yang berjaya menembusi kelompok 200 terbaik.

UM menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu 'peningkatan ketara' dalam kedudukan globalnya, memandangkan institusi itu telah melonjak naik daripada kelompok 351-400 pada tahun 2023.

"Dengan 2,297 universiti disenaraikan di peringkat global dalam edisi 2027, UM kini berada dalam kelompok kira-kira 8.5% teratas di peringkat dunia, sambil mengekalkan kedudukannya sebagai universiti dengan kedudukan tertinggi di Malaysia dalam THE World University Rankings," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via UM

Naib Canselor UM, Noor Azuan Abu Osman berkata pencapaian itu adalah milik Malaysia secara keseluruhan

Beliau turut memaklumkan perkara ini menyampaikan mesej jelas bahawa universiti Malaysia mampu berdiri sebaris dengan institusi-institusi terkemuka dunia.

"Pengiktirafan ini mesti diterjemahkan kepada tanggungjawab. Kami akan memanfaatkan momentum ini untuk berusaha lebih gigih, menetapkan sasaran yang lebih tinggi dan memastikan universiti terulung Malaysia ini terus mencipta nilai untuk negara serta menempa nama di persada dunia," katanya.

THE menggunakan 13 petunjuk prestasi untuk menilai universiti dari segi pengajaran, penyelidikan, pemindahan ilmu dan perspektif antarabangsa.

Pada tahun 2019, UM menjadi universiti Malaysia pertama yang disenaraikan dalam kalangan 40 universiti terbaik di Asia, menduduki tempat ke-38 daripada kira-kira 400 universiti Asia, serta berada dalam lingkungan kedudukan 301-350 di peringkat global melibatkan 1,000 universiti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: