Undi Rekaan Kegemaran Di #WeAreNova Dan Berpeluang Menangi HUAWEI nova 4 PERCUMA

Telefon raya dah ada belum guys?

Zaman sekarang ni, menggayakan fesyen terkini dan menjadi ikon fesyen di mata khalayak ramai adalah cabaran utama sesetengah individu dan juga jenama

Justeru, pelancaran #WeAreNova oleh KLFW dan HUAWEI awal bulan lalu sangat bertepatan dengan misi kita untuk mencari rekaan terbaik di kalangan pereka-pereka yang ada di Malaysia.

Kini, peraduan yang berlangsung dari 10 hingga 25 Mei itu menemui penghujungnya. Tiba masanya untuk korang semua menjadi juri dengan mengundi rekaan mana yang layak diperagakan atas pentas KLFW 2019. Malah, pengundi bertuah tidak pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya, korang berpeluang menerima smartphone PERCUMA!

Peraduan ini menerima lebih 300 penyertaan yang menghasilkan rekaan inspirasi dari HUAWEI nova

Image via Huawei

Peraduan yang berlangsung kira-kira 2 minggu ini menerima lebih 363 penyertaan dan 252 rekaan yang diinspirasikan oleh HUAWEI nova. Untuk pengetahuan korang, semua idea ini dihasilkan oleh 30 pereka profesional dan bakat muda yang penuh semangat dalam kreativiti dunia fesyen.

Daripada apa yang kita dapat lihat, rekaan-rekaan yang dihasilkan sempena peraduan #WeAreNova ni banyak menyerlahkan rekaan ‘gene‘ siri smartphone HUAWEI nova yang memfokuskan pilihan orang muda. Lantas ia diterjemahkan kepada pelbagai helaian fesyen seperti T-Shirt, sweatshirt, hoodie, jaket dan banyak lagi.

Undi dan menang smartphone paling stylish sepanjang Ramadan iaitu siri HUAWEI nova 4 yang bernilai sehingga RM1,699

Image via Huawei

Kini, peraduan #WeAreNova telah tamat dan korang boleh mula mengundi rekaan terbaik selama seminggu bermula 26 Mei hingga 2 Jun 2019 di laman Facebook KLFW Official. 10 rekaan terbaik yang menerima jumlah ‘Like‘ tertinggi akan dipilih dan diperagakan atas pentas KLFW 2019 dan boleh dibeli secara atas talian tak lama lagi.

Memandangkan ini adalah tahun kedua siri HUAWEI nova menjalankan kerjasama dengan KLFW, pengundi bertuah tidak hanya boleh mengundi saja, namun berpeluang membawa pulang HUAWEI nova 4 bernilai RM1,699. Bestnya!

Image via Gadget Match

Siri HUAWEI nova yang menampilkan nova 4 & 4e direka untuk anak muda bagi memenuhi keperluan fesyen, gaya hidup dan expression tersendiri. Jadi, memang sesuailah untuk korang semua!

Katanya kedua-dua model HUAWEI Nova 4 & 4e adalah telefon pintar paling bergaya sepanjang Ramadan kerana rekaan luaran yang cantik dan menawan serta prestasi kamera selfienya yang hebat.

HUAWEI nova 4 dijual pada harga RM1,699 yang mana lebih murah RM200 daripada sebelum ini. Manakala, nova 4e dijual pada harga RM1,199.

Image via Huawei

Setiap pembelian siri HUAWEI nova 4sepanjang Ramadan juga melayakkan korang untuk menerima kad VIP bernilai sehingga RM1,000.

Bukan tu je, pengguna siri HUAWEI nova 4 juga berpeluang untuk memenangi HUAWEI Band 3 bernilai RM239. Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI atau laman Facebook rasmi HUAWEI.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment