Mengancam Betul 7 'Updates' Terbaru EMUI 9.1 Dari HUAWEI Ni. Phone Jadi Makin Best & Laju!
Tak sia-sia pakai Huawei.
Berita baik untuk pengguna HUAWEI P30 Series, baru-baru ni HUAWEI telah melancarkan kemaskini terbaru iaitu EMUI 9.1
1. GPU Turbo 3.0 dinaiktaraf untuk pengalaman gaming yang lebih lancar!
Berita baik untuk gamers tegar, EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemprosesan grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong sehingga 25 games antarabangsa, termasuk Fortnite, FIFA Mobile dan Brawl Stars. Wow!
Korang mesti jatuh cinta dengan ciri GPU Turbo 3.0 yang menyediakan respon sentuh yang pantas, prestasi yang lebih stabil, di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri. So, dah takde masalahlah kalau korang nak main game berjam-jam!
2. Edit video macam profesional dengan HUAWEI Smart Video Editing!
Best je bila tengok video orang lain kat Instagram cantik-cantik bila pergi holiday, kan? Korang pun nak macam tu? Boleh je. Ciri Highlights yang terdapat dalam EMUI 9.1 ni akan secara automatik membantu korang memilih dan menyunting shot terbaik untuk video korang.
Yang lagi best, siap boleh tambah muzik latar, filter dan effects dengan mudah. Mesti video korang nampak macam professional edits!
3. Aktifkan Google Assistant dengan hanya satu tap!
Untuk korang yang selalu nak cepat, korang juga boleh aktifkan Google Assistant dengan hanya satu tap!
Caranya, tekan power button selama 1 saat, Google Assistant diaktifkan dan cari apa yang korang mahu menggunakan suara. Mudah kan?
4. Takde pita ukur? Aplikasi AR Measure kan ada!
Kini, korang dah tak perlu alat pengukur sebab Aplikasi AR Measure ni membolehkan korang mengukur panjang, luas dan lebar dengan tepat! Nak ukur tinggi korang pun boleh.
Dengan teknologi pengenalan wajah, korang hanya perlu berdiri dan scan tubuh korang dari kepala ke kaki dan voila, korang dah tahu tinggi korang berapa!
6. Boleh buat ringtone sendiri!
Bosanlah asyik guna nada dering yang sama. Sekali sekala nak jugak letak lagu favourite kita kan? Weh, boleh je! Bukan setakat lagu, korang pun boleh letak video jugak sebagai nada dering. Bila kawan kita call, keluar pulak video dia sendiri. Kan best tu!
7. Sync antara treadmill dan smartphone anda..
Dengan ciri EMUI 9.1 juga, korang boleh sync kan telefon korang ke treadmill untuk pantau berapa banyak kalori, kelajuan berjalan, jarak berjalan dan tempoh work out korang. Ia juga dapat mengesan getaran langkah, mengira jumlah langkah dan juga membantu korang mencapai tahap kecerdasan idaman!
Korang nak nikmati semua ciri awesome EMUI 9.1? Ikuti langkah kemaskini ini..
Korang hanya perlu menyemak status kemas kini dengan pergi ke ‘setting’ > ‘system’ > 'Software update’ > ‘Check for updates’ dan enjoy!
Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI EMUI 9.1 dan sebarang update terbaru, layari laman web HUAWEI, kedai rasmi dalam talian HUAWEI dan Facebook mereka.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.