seismik

Usanita Kembalikan Semula Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Sempena Hari Kebangsaan Ke-67 Tahun

Acara 'Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka' itu telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cover image via Usanita

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena semarakkan lagi Hari Kebangsaan yang ke-67 pada tahun ini, satu acara 'Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka' telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini dengan penuh warna warni dan berjiwa merdeka

Acara yang dianjurkan Usanita Sdn Bhd itu dihangatkan dengan penampilan istimewa ratu rock tanah air, Ella yang menyampaikan lagu Standing In The Eyes of The World sekali gus mengajak penonton untuk turut serta dan mengibarkan Jalur Gemilang.

Turut hadir di acara itu ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang turut bersemangat menyanyi bersama serta mengibar bendera.

Pada acara sama, penyanyi, Amir Masdi turut membawakan lagu Madani Jiwa Merdeka yang menjadi lagu tema sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan duet daripada dua figura itu menerusi lagu Gemilang yang menghangatkan lagi suasana program berkenaan.

Hidupkan kembali warisan dan nostalgia kenangan permainan kanak-kanak serta semangat patriotik

Uniknya pada acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau dengan bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak.

Menurut Ketua Pegawai Ekskutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, ini merupakan sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan kepada kepada generasi Z yang kurang tahu akan permainan traditional dan pendekatan 'throwback to childhood memories'.

"Dalam program ini Usanita mengembalikan nostalgia zaman kenangan kanak-kanak saya, di sini kita canting batik, congkak, permainan batu Seremban dan sebagainya.

"Generasi Z sekarang kalau kita lihat mereka dah pun lupa dengan permainan ataupun mereka tiada pendedahan tentang culture ataupun permainan yang kita main semasa kita kecil, jadi mereka sekarang ini lebih kepada gajet, jadi dalam acara ini kita mendedahkan kepada generasi Z," katanya.

Image via Usanita

Pada acara malamnya, Usanita juga telah menyampaikan anugerah kepada wanita yang bekerja di belakang takbir sebagai satu usaha untuk menghargai mereka dan semarakkan lagi dengan persembahan nyayian dari barisan artis terkenal, Aina Abdul, Hael Husaini, Ayaina dan ramai lagi.

Penganugerahan Ikon Wanita Usanita kepada 9 wanita ikonik yang telah menunjukkan kekuatan dan memartabatkan wanita dalam pelbagai industri. Anugerah ini disampaikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kepada penerima anugerah yang terdiri daripada Nurul Nadirah Shamsul liani, Fatin Nadzirah Mohd Arsad, Allison Yes Phui Se, Kavita Sidhu, serta 5 penerima dari Perintis Usanita iaitu Nurun Nadia Masrom, Nurul Rena Rifaee, Saadiah Ibrahim, Nasyrah Hanim Mohamad Zainuddin, dan Nor Zawani Mohamed Zakaria.

Image via Usanita

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: