seismik

Ustaz Ini Kongsi Pengalaman Menyayat Hati Bantu Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik

Walaupun ada yang bau rokok, bau gam dan sebagainya, ustaz ini tidak langsung menghukum mereka.

Cover image via Ebit Lew / Facebook

Kalau kita pusing satu bandar KL, kita akan jumpa ramai kanak-kanak, remaja, malah orang tua yang kurang bernasib baik tidur di tepi jalan, di perhentian bas, di bawah jambatan dan sebagainya

Namun, sebagai manusia yang mempunyai sifat prihatin dan berperikemanusiaan, kita seharusnya menghulurkan bantuan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini.

Jika kita tidak mampu untuk menyediakan tempat tinggal buat mereka, perkara kecil seperti makanan dan pakaian terpakai juga sudah memadai. Yang penting, ikhlas.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew melalui Facebook telah berkongsi tentang pengalamannya sendiri ketika membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini

Sungguh menyayat hati bila baca perkongsian ustaz ini tentang apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut. Baca luahan hati ustaz ini di bawah:

Beliau terjumpa 10 remaja lelaki, 2 remaja perempuan yang masih berkeliaran di sekitar bandar Kuala Lumpur pada jam 12 malam

Mereka diajak untuk pergi makan dan solat. Tiada langsung di antara mereka yang menolak ajakan ustaz itu.

Ustaz ini juga menjemput mereka untuk menaiki keretanya.

Bila ditanya tentang tempat mereka tidur malam ini, respon mereka sangat lucu. Tanpa melengahkan masa, ustaz ini membawa mereka untuk tidur di sebuah hotel.

Apabila sampai di hotel tersebut, kesemua mereka bergilir-gilir untuk mandi. Baju yang dipakai sudah lusuh dan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang. Sangat menyedihkan.

Setelah selesai solat, ustaz ini memberi tazkirah dan kanak-kanak ini juga berkongsi tentang kisah hidup mereka. Ada di antara mereka yang menangis.

Beliau juga menyuarakan rasa sedih kerana menjumpai kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang tidak terurus dan telah berhasrat untuk tidak berhenti membantu mereka yang memerlukan

Semoga ustaz ini sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan beliau. Salute untuk ustaz!

Image via Reaction Gifs

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

2 bulan hidup tanpa rumah. Baca perkongsian sedih tentang keluarga yang 'menetap' di dalam kereta selama 2 bulan :(

Nak jimat duit poket? Jom pergi ke kedai Eco RM2.12 yang baru dibuka di Subang Jaya! :)

You may be interested in: