2 Bulan Merempat, Lelaki Ini Tinggal Dalam Kereta Di Tepi ‘Highway’ Bersama Isteri & Anak
Bayangkan, isterinya yang masih dalam pantang selepas bersalin terpaksa tinggal dalam kereta di tepi highway.
Dengan kos sara hidup di Malaysia yang semakin tinggi, memang tidak pelik jika ada antara masyarakat di Malaysia yang mempunyai kesukaran untuk bertahan
Banyak yang perlu ditanggung oleh masyarakat. Terutama apabila sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga. Makin banyak tanggungan, makin tinggi beban yang perlu dipikul. Hanya perlu kuat dan tabah untuk hadapi semua dugaan yang diberi.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zack di laman Facebook miliknya telah berkongsi tentang kisah sedih sebuah keluarga yang tidak mempunyai rumah dan hanya tinggal di dalam kereta di tepi lebuh raya
Baca perkongsian penuh di bawah:
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Faizal dikatakan telah merempat di tepi jalan di RnR Sungai Buloh selama 2 bulan kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
Mereka terkejut melihat dalam kereta beliau ada ubat nyamuk yang sedang dipasang, baju-baju berselerak dan anak-anak kecil yang sedang tidur
"Maaf bang, saya taknak susahkan sesiapa. Kawan abang yang bawak kami ke sini," ujar Faizal kepada Zack sejurus beliau sampai di hotel.
Faizal dikatakan telah dilanda kemiskinan sejak kecil dan terpaksa menyara hidupnya sendiri. Beliau juga pernah bekerja sebagai buruh selama bertahun-tahun.
"Anak-anak saya bagi sirap je bang. Kadang-kadang air paip," jawabnya apabila ditanya mengenai susu apa yang diberikan kepada anak-anak kecil itu.
Lelaki ini juga telah menyuarakan perasaan yang tidak puas hati apabila Faizal yang merupakan seorang Rakyat Malaysia tidak meminta sebarang bantuan daripada sesiapa atas alasan tidak mahu menyusahkan orang
Jika ada yang sudi menghulurkan bantuan untuk keluarga ini demi meringankan beban yang telah mereka tanggung setelah sekian lama, anda dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Maklumat tentang akaun bank mereka seperti di bawah:
Hari ini kita bantu orang yang susah, mana tahu suatu hari nanti apabila kita memerlukan, ada hamba Allah yang lain akan datang untuk menghulurkan bantuan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
Apa-apa pun, admin memang salute dengan abang Zack ni sebab telah menjadi seorang Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab!