Isu Keluarga Adam Autisme Makan Bawah Tangga, ‘Akak Baju Merah’ Tampil Beri Penjelasan

Wanita itu tampil menafikan semua dakwaan yang telah dibuat oleh keluarga Adam.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Adam's Autism Family telah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berkunjung ke sebuah restoran

Keluarga Adam telah menjaga Adam selama 25 tahun dan selalu membuat perkongsian video di media sosial mengenai kehidupan mereka bersama.

Setelah tiba, mereka dimaklumkan bahawa keseluruhan restoran telah ditempah oleh seorang wanita dan syarikatnya untuk mengadakan majlis terututp.

Keluarga itu telah meminta budi bicara daripada pihak restoran untuk makan sebentar.

Staf restoran ketika itu bersetuju dengan permintaan tersebut, tetapi wanita berbaju merah didakwa tidak membenarkan mereka duduk di dalam bahagian restoran walaupun ketika itu restoran masih kosong.

SAYS.com
Image via Adam's Autism Family (Facebook)

Majlis telah dijadualkan pada pukul 6.00 malam dan keluarga Adam tiba pada pukul 6.15 petang. Mereka telah dibenarkan makan tanpa sebarang masalah oleh pihak restoran.

Keluarga Adam menjelaskan, Adam akan mempunyai kesukaran untuk memahami dan perubahan yang mendadak boleh mencetuskan tantrum dan menyukarkan ibu bapanya.

Tidak lama selepas itu, keluarga Adam telah memuat naik satu video mengenai kejadian di restoran itu. Mereka berharap masyarakat dapat memahami bahawa setiap keluarga mempunyai cabaran mereka tersendiri.

Dalam perkongsian kapsyen video itu keluarga Adam tidak meminta layanan istimewa tetapi hanya persefahaman orang ramai.

Daripada video tular itu, netizen telah hadir mengecam akak berbaju merah yang berada di dalam video tersebut kerana sangat tidak memahami dan memalukan keluarga Adam.

Difahamkan, komen-komen di video berkenaan juga kini telah ditutup.

Akak baju merah tampil menjawab dakwaan setelah tohmahan pihak netizen yang tidak mengetahui perkara sebenar

Wanita bernama Farah Fatini telah mendakwa kejadian sebenar tidak sama seperti yang dipaparkan dalam video yang tular di Facebook dan beberapa media sosial yang lain.

SAYS.com
Image via Farah Fatini (Facebook)

Dia telah mengeluarkan kenyataan ini susulan banyak dakwaan mengecam dan mengatakan dia tidak bertimbang rasa terhadap keluarga Adam. Beberapa gambar di restoran itu ketika hari kejadian termasuk laporan polis turut dikongsikan.

SAYS.com
Image via Farah Fatini (Facebook)

Menurut penjelasan, restoran berkenaan telah ditempah sepenuhnya untuk satu majlis tertutup sempena Deepavali yang melibatkan 53 tetamu, dengan bayaran penuh. Kedai itu juga telah ditutup untuk orang ramai bermula pukul 6 petang hingga 10 malam.

Pada jam 6.15 petang, keluarga Adam telah memasuki restoran melalui pintu belakang berhampiran kawasan dapur dan telah dimaklumkan seorang pelayan premis itu sebenarnya telah ditutup untuk majlis persendirian.

SAYS.com
Image via Farah Fatini (Facebook)

Farah mengatakan dia tidak mempunyai masalah untuk keluarga tersebut memasak makanan dan makan sebelum majlis berbuka. Si bapa bertanya sama ada mereka boleh makan di bawah tangga selama kira-kira 15 – 20 minit.

Difahamkan, dia tidak membantah permintaan itu dan membenarkan keluarga itu makan di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dan tidak menyuruh mereka duduk di tempat lain atau menghalau.

SAYS.com
Image via Farah Fatini (Facebook)

Setelah selesai makan, bapa Adam datang untuk memaklumkan mereka telah selesai makan dan mahu beredar.

Farah menafikan dia ada meninggikan suara mahupun menghalau keluarga berkenaan. Dia kesal kerana video yang tular dirakam tanpa pengetahuan dan keizinannya telah disunting dan tidak menggambarkan urutan kejadian sebenar.

Dalam perkongsian yang sama, Farah turut mempersoalkan sama ada terdapat bukti bahawa dia telah menghalau keluarga berkenaan, meminta mereka duduk di bawah tangga atau melarang mereka menjamu selera di restoran itu.

SAYS.com
Image via Adam's Autism Family (Facebook)

Dia turut menjelaskan, dia tidak berniat untuk menghina atau memperlekehkan keadaan anak istimewa itu, tetapi mempersilakan orang ramai untuk memarahinya jika dia benar-benar bertindak seperti yang didakwa.

Pihaknya juga telah menyimpan semua tangkap layar hantaran dan komen yang berkaitan untuk rujukan pihak berkuasa. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas kecaman dan komen fitnah yang diterima di media sosial.

Rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) restoran turut dituntut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

SAYS.com
Image via Farah Fatini (Facebook)
SAYS.com
Image via Farah Fatini (Facebook)

Bapa Adam tampil menjelaskan perkara ini

Semalam, bapa kepada Adam telah mengeluarkan satu lagi video baharu di Facebook untuk menjawab salah faham yang berlaku dan tindakan netizen yang mengecam memberikan kata-kata kasar kepada wanita itu.

Dia juga berterima kasih kepada orang yang menunjukkan sokongan kepada mereka. Dia juga mengatakan dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa pun di dalam perkongsian video tersebut.

Dalam video itu, bapa Adam menegaskan walaupun sudah duduk di bawah tangga, dia mengatakan wanita itu keluar dari restoran dan masih tidak dibenarkan mereka duduk di situ. Akhirnya, dibantu oleh pihak restoran untuk membenarkan mereka makan di situ.

SAYS.com
Image via Adam's Autism Family (Facebook)

Bapa Adam mengatakan dia faham mengenai situasi bahawa restoran itu telah ditempah terlebih dahulu. Tetapi dia hanya mahukan sedikit timbang rasa dan persefahaman. Setelah selesai, dia mengatakan dia berjumpa dengan wanita itu untuk menjelaskan perkara ini dan bukan berniat untuk bertengkar atau berhujah dengan wanita itu.

Bapa Adam mengatakan keluarganya tidak mengganggu acara itu kerana acara masih belum bermula.

Dia juga telah dimaklumkan mengenai laporan polis yang telah dibuat dan tidak mahu memberikan apa-apa komen tambahan kerana masih belum ada pertikaian di antara pihaknya dan pihak polis.

Pada akhir video, bapa Adam menegaskan orang ramai tidak patut menyerang wanita itu dan dia juga tidak mengenali wanita itu secara peribadi. Hanya kerana terdapat beberapa situasi di mana dia kecewa, perkara ini tidak bermakna kita tidak boleh memberikan rasa empati kepada orang lain, tambahnya lagi.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik di antara kedua-dua pihak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: