Kedai Eco RM2.12 Buka Cawangan Terbaru Yang Ke-95 Di Subang Jaya. Jimat Duit Poket!
Subang Jaya memang ada gaya!
Sesuai dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kedai Eco RM2.12 ini dikatakan sangat membantu masyarakat yang menginginkan barangan rumah dengan harga yang berpatutan
Pada 9 Feb 2018 baru-baru ini, cawangan kedai Eco yang ke-95 telah dibuka di USJ 1, Subang Jaya (berhadapan dengan Mydin Besar USJ).
Pelbagai pilihan barangan yang disediakan di kedai Eco ini, sama juga seperti di cawangan yang lain. Anda boleh membeli belah di kedai Eco ini dengan kuantiti yang banyak dan harga yang lebih berpatutan.
Pelbagai jenis pilihan yang disediakan di setiap sudut kedai Eco ini. Sampai susah nak pilih!
Barangan yang dijual sememangnya merupakan barangan keperluan di rumah. Contohnya:
- Alatan dapur
- Wallpaper
- Barangan deco
- Alat tulis
- Mainan kanak-kanak
- Barangan hamper
- Air minuman
- Bekas makanan (tupperware)
- Perkakas mencuci
- Makanan ringan dan banyak lagi!
Jadi, orang-orang Subang jangan lupa untuk singgah!
Subang Jaya terlalu jauh untuk anda? Jangan risau, kedai Eco ini terdapat banyak lagi cawangan. Anda boleh check kawasan anda di sini: Cawangan kedai Eco RM2.12.