seismik

[VIDEO] 13 Iklan Hari Kebangsaan Yang Anda Wajib Tonton, Bangganya Jadi Rakyat Malaysia!

Semoga rasa cinta dan kasih kita pada tanah air terus dipupuk dalam jiwa.

Cover image via PETRONAS & TM

1. Operasi Koperasi daripada PETRONAS

Masih ingat bermain dengan pemadam semasa anda di sekolah?

PETRONAS mahu anda mengembalikan kenangan masa kecil dengan animasi yang menampilkan pemadam bendera setiap negeri di Malaysia sebagai watak kartun utama.

2. True Stories Of Tunku - Insan Budiman daripada Axiata

Adakah anda kenal siapa Tunku Abdul Rahman di sebalik nama beliau? Kita semua biasa dengan imej yang paling ikonik dia mengangkat tangan dan melaungkan "Merdeka" untuk menyambut kemerdekaan tanah air kita. Tetapi tangan yang sama ini juga mengubah kehidupan dan negara kita.

3. Kita daripada Digi

Digi membawakan iklan Kita. Semangat, cekal, kreativiti dan kepelbagaian. Melambangkan jati diri rakyat, perniagaan dan segalanya yang menjadikan kita Malaysia.

4. MeReka Merdeka daripada Celcom

Kisah bagaimana dua orang mempunya hasrat sama walaupun berdepan dengan cabaran yang berbeza. Apa yang menariknya adalah, iklan ini menampilkan dua orang istimewa iaitu Dr Wu Lein Teh iaitu seorang pereka semula topeng bedah N95 dan Sara Devong pereka pelitup muka sendiri dari Malaysia bergabung bagi membawa mesej ‘semarakkan perpaduan’.

5. Sayap daripada Etiqa

Etiqa membawa khas lagu sempena Merdeka 2020 nyanyian Aizat Amdan. Lagu ini memberi makna tentang kehidupan kita yang boleh memberi kesan kepada sekeliling kita. Apa yang baik adalah bermula dari kita sendiri.

6. Malaysia, Through Her Lens daripada Gamuda Land

Iklan Gamuda Land kali ini mengetengahkan tentang kepelbagaian kaum dan budaya yang berada di Malaysia. Saksikan perjalanan seorang jurugambar berpengalaman, Bonnie Yap membawa anda semua melihat keindahan Malaysia melalui lensa kamera.

7. A Nation That Never Stops daripada Maxis

Maxis membawakan iklan dengan cara mereka sendiri dengan mengaitkan tiada batasan sejauh mana kita pergi dengan bantuan teknologi pada masa kini. Mesej yang disampaikan adalah agar semua orang teruskan melangkah walaupun sukar kerana bersatu padu pasti membuatkan kita semua akan terus kehadapan.

8. Not Your Normal Merdeka daripada Yoodo

Yoodo membawakan iklan lain dari yang lain di mana mereka menjemput 10 orang rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan budaya untuk menjawab soalan yang disediakan. Namun pasti anda tidak akan menjangkakan pengakhiran iklan ini . ‘Tetamu’ undangan yang dibawa akhirnya membuatkan mereka bersatu padu.

9. Bakar daripada Saji

Tidak ketinggalan jenama Saji yang sememangnya jenama susu terkenal membawa mesej ‘Kita Jaga Kita’ apabila menampilkan tiga sekawan berlainan bangsa dan agama bergaduh untuk berjumpa. Namun akhirnya sebenarnya mereka bergaduh untuk mem ‘BAKAR’ (BBQ). Begitulah mesej mendalam yang dibawakan oleh Saji mengenai rakyat Malaysia yang bersatu hati. Walaupun kita kadang kala bersengketa, tapi sebenarnya kita semua sama, kita jaga kita.

10. #KembaliTeguh, Bersama daripada TM

TM membawakan iklan Kembali Teguh Bersama. Dalam kita menuju perjalanan yang masih jauh, kita tetap akan terus melangkah bersama, tempuhi cabaran bersama, demi membina kehidupan yang lebih baik, dan terus maju kehadapan, kerana kita semua, adalah rakyat Malaysia.

11. #SuaraNegara daripada Tune Talk

#SuaraNegara menampilkan penyanyi Malaysia NJWA dan pemuzik profesional Genervie Kam, serta Orkestra Filharmonik Malaysia, mempersembahkan versi Negaraku yang tulus. Mereka disertai oleh rakyat Malaysia lain dari pelbagai lapisan masyarakat, menyajikan paparan penuh tentang kesatuan perpaduan kaum di negara kita.

12. #BangkitSemula daripada Red Bull

Bersedialah sebelum menonton video ini kerana kata-kata yang diucapkan dua minit ini akan menyentuh jiwa anda dengan penuh rasa.

Semasa anda mendengar pencerita yang bersemangat, dengan latar belakang semua 'pahlawan' negara kita - barisan hadapan, artis, atlet, dan rakyat Malaysia, ia pasti akan menjadikan anda bersemangat patriotik pada Hari Kebangsaan ini.

13. Blinding Light Parody daripada SAYS

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-63 dan Hari Malaysia Yang Ke-57 tahun!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai Hari Kebangsaan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: