seismik

McDonald's Kuala Pilah Antara 16 Restoran Yang Terpilih Untuk Terima Papan Tanda 'Mekdi'

Papan tanda itu akan dipaparkan kepada umum sehingga 16 September 2020.

Cover image via Cik Bungã / Facebook

Sekali lagi McDonald's Malaysia (McDonald's) menzahirkan jiwa 'Malaysia' dengan memaparkan papan tanda Mekdi di 16 restoran terpilih di seluruh negara

Image via Bernama

Ia dibawakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan ulang tahun ke-38 McDonald's Malaysia.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai, papan tanda Mekdi (McD) adalah singkatan panggilan tempatan untuk McDonald's dan kempen berkenaan diadakan sehingga 16 September ini.

Kata Melati, semua 16 restoran terbabit dipilih sendiri rakyat Malaysia menerusi undian yang dijalankan sebelum ini.

"Dikenali sebagai 'Mekdi' dalam kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini di atas sokongan padu pelanggan kami," katanya.

Berikut adalah senarai penuh 16 restoran yang terpilih dan ranking di seluruh negara

Image via McDonald's

Sementara itu, sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's turut memperkenalkan rendang ayam sebagai pilihan hidangan sampingan bersama nasi lemak, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal pedas.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh nikmati pai jagung, ais krim perisa cendol atau McFlurry Cendol Baharu yang enak dengan gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair dan jeli cendol.

Image via Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: