x

seismik

9 Promosi Makanan & Minuman Paling 'Best' Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 Tahun. Murahnya!

Jom pergi serbu hari ini.

Cover image via Twitter @NaufalAntezem

Umum sedia maklum, setiap tahun pada bulan Ogos kita akan menyambut Hari Kebangsaan bagi meraikan kemerdekaan negara sejak tahun 1957

Hari kenegaraan ini pula disambut oleh seluruh rakyat dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik.

Nak tahu tak apa yang best bila kita dah berada dalam bulan Ogos ini? Sudah tentulah banyak promosi hebat akan dilancarkan.

Seperti biasa, antara yang menjadi perhatian ramai adalah promosi makanan serta minuman. Yang claim diri foodie atau foodhunter itu mesti suka.

Berikut adalah antara senarai pilihan makanan dan minuman yang korang boleh serbu nanti:

1. Familia Fried Chicken & Keramat Tea

Promosi sah dari 25 Ogos hingga 16 September 2020. Diskaun sebanyak 10% setiap pembelian RM10 ke atas untuk menu makanan dan minuman daripada Familia Fried Chicken serta Keramat Tea.

2. Pizza Hut

Pizza Hut menawarkan diskaun RM6.30 dengan pembelian ala carte dari Nasi Lemak Pizza. Bagi pembelian pada masa terhad sahaja sehingga 31 Ogos 2020. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

3. Dunkin'

Image via fbcdn.net

Tersedia untuk pada masa terhad sahaja. Dapatkan sekarang di kedai Dunkin' berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

4. Auntie Anne’s

Pergi ke kedai terdekat Auntie Anne's hari ini dan nikmati #HappyStixTogether dengan hanya berharga RM10 untuk 2 perisa. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

5. Daboba

Dapatkan 2 minuman Daboba Milk Tea Series pada harga RM9.99 sahaja. Promosi sah hanya pada setiap hari Rabu. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

6. Fuel Shack

Nikmati 3 kombinasi Fuel Shack dengan harga RM33 sahaja. Promosi sah dari 5 Ogos hingga 30 Ogos 2020. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

7. Chatto

Chatto Paradigm Mall memberikan potongan sebanyak 31% untuk minuman kedua yang anda beli. Promosi sah dari 24 Ogos hingga 6 September 2020 sahaja (kecuali pada 31 Ogos). Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

8. TGI Fridays

Nikmati menu makanan edisi khas Fridays Favorites dengan sentuhan rasa Malaysia yang unik. Promosi sah dari 18 Ogos hingga 31 Ogos 2020 sahaja. Selain itu, 10% daripada harga pembelian anda akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

9. Baskin-Robbins

Jangan ketinggalan, rasai Roti Ais Krim baru daripada Baskin-Robbins. Kini boleh didapati di kedai dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Ingat ya, semua promosi ini adalah tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan.

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-63 dan Hari Malaysia Yang Ke-57 tahun!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: