seismik

[VIDEO] 18k 'Shares' Dalam Masa Sejam, Video Terbaru Ainul Mardhiah Bikin Ramai Menangis

Sebak dan gembira dalam masa yang sama.

Cover image via Ahmad Safiuddin | Nurul Erwani

Syukur ke hadrat Ilahi, adik Ainul Mardhiah telah pun sedar sekitar jam 4.18 petang semalam

Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menerusi Instagram memuat naik sekeping foto anaknya yang dilihat telah pun sedar dan mampu celik setelah menjalani pembedahan selama 5 jam.

Dalam posting tersebut, Erwani berkata dia tidak sabar menunggu Ainul pulih sepenuhnya supaya dia boleh mendukung Ainul seperti selalu.

"Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu. Love you Ainul," tulis Erwani.

Berita gembira ini disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, dan latarbelakang. Masing-masing memanjatkan rasa syukur kerana Ainul telah selamat.

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin yang membahasakan dirinya sebagai Walid berasa sungguh terharu dengan respon yang diterima daripada masyarakat.

Walid menyifatkan berita tentang Ainul ini telah menyatukan semua bangsa, malah memancarkan keharmonian sebenar rakyat Malaysia.

Sebentar tadi, Walid memuat naik video terbaru Ainul Mardhiah yang begitu meruntun hati, jiwa, dan raga. Sesiapa yang menonton pasti boleh menangis.

Video itu menunjukkan keadaan terbaru Ainul Mardhiah yang kini telah sedar.

Ainul dilihat memandang tepat ke wajah ibunya sambil mulutnya ternganga, barangkali masih tidak biasa dengan ketiadaan tumor pada bahagian mulut yang selama ini membelenggu hidupnya.

Lagu latar berjudul 'Ainul Mardhiah' nyanyian UNIC yang dimuatkan ke dalam video ini lebih menambahkan elemen sedih yang begitu menusuk kalbu.

Video yang meruntun jiwa ini telah mendapat lebih 18,000 perkongsian dalam masa satu jam selepas dimuat naik. Lihat di bawah:

Posted by Ahmad Safiuddin on Tuesday, June 11, 2019

Semoga adik Ainul Mardhiah terus sihat. :)

Image via Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tumor seberat 200g telah selamat dibedah!

You may be interested in: