[VIDEO] 3 Tahun Menyimpan, Peniaga Martabak Bayar Duit 'Deposit' Rumah Guna Duit Syiling
Wow, ini luar biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menabung sememangnya menjadi amalan yang bagus dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian
Tidak kisahlah menyimpan di dalam tabung atau bank, ia memang perlu di didik dari awal. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit betul tak?
Apatah lagi jika kita sudah lama menyimpan dan mampu membeli barangan idaman kita. Mestilah gembira.
Situasi itu sama seperti seorang peniaga dari Indonesia ini yang mampu membeli rumah dengan duit hasil dari tabungannya.
Hasil tabungan kini mampu bayar duit muka rumah
Menerusi video dimuat naik oleh akaun @dianajlndr yang merupakan ejen perumahan, dia berkongsi momen apabila pelanggannya yang membayar duit deposit rumah dengan hasil tabungan.
Dapat dilihat, lelaki tersebut telah datang dengan membawa empat botol air minuman berisi duit syiling.
Menurut laporan, lelaki berkenaan akan menabung duit syiling itu setiap hari hasil daripada jualan martabaknya.
Ejen hartanah juga terpaksa mengira semua duit syiling sepanjang hari bagi mengetahui jumlah sebenar dalam botol tersebut.
Malah, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535), lebih daripada cukup untuk membayar deposit pembelian rumah berkenaan.
Peniaga martabak itu juga menerangkan telah menyimpan duit itu hampir tiga tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!