seismik

[VIDEO] Aida Muncul Kembali Dalam Iklan Raya TNB 2021, Ramai Yang Tanya Mana Jero?

Pandemik mengajar kita untuk hargai masa lebih bermakna bersama keluarga.

Cover image via TENAGAofficial (YouTube)

Artikel ini ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad.

Follow 
kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai kemampuan untuk menghasilkan filem pendek yang tidak dapat dilupakan, bukan?

Tahun ini juga tidak terkecuali, mereka membawakan watak ikonik khas untuk iklan Raya 2021!

Masih ingat Aida daripada video TNB sebelum ini? Aida yang pertama kali muncul dalam video Dugaan Raya Aida mereka pada tahun 2017 dan turut membuat cameo dalam video Rumah Epik Fantastik 2018 dan Reality Not Virtual 2020. Oleh itu, atas permintaan ramai, Aida membuat kemunculan semula tahun ini dalam Hikmah Raya Aida!

Jadi, apa yang boleh anda harapkan daripada iklan Raya TNB tahun ini? Walaupun ada momen yang menghiburkan anda, ia juga menyentuh perkara-perkara penting seperti makna kekeluargaan dan di sebalik setiap ujian yang kita hadapi dalam hidup, turut ada hikmahnya.

Selepas peristiwa Dugaan Raya Aida, kisah ini diteruskan dengan usaha baru Aida sebagai pengusaha biskut Raya!

Dalam kisah sebelum ini, Aida tinggal terpisah daripada keluarganya, namun kini mereka sekarang tinggal bersama. Walau bagaimanapun, dapat dilihat keluarganya cuba untuk meluangkan masa dengan Aida, walaupun dia tetap sibuk bekerja.

Aida sampai tak hiraukan adik-beradik dan ibunya kerana terlalu sibuk bekerja

Sikap Aida seperti acuh tak acuh apabila keluarganya memerlukan bantuan atau perhatian daripadanya. Boleh nampak Aida lebih menumpukan perhatian terhadap kerjanya berbanding pada keluarganya. 

Kerana pandemik dan memikirkan keselamatan pekerjanya, Aida meminta mereka pulang dan selamat bersama keluarga

Pandemik yang melanda mengakibatkan bisnes kuih raya Aida jatuh mendadak. Aida juga terpaksa lepaskan semua para pekerjanya kerana risau tentang keselamatan mereka.

Akhirnya, Aida banyak termenung kerana meratapi nasibnya memikirkan bisnes kuih rayanya yang merosot.

Pandemik mengajar Aida untuk menghargai masa bersama keluarga dan ada hikmah di sebalik setiap ujian

Apa pun, pandemik ini membuatkan Aida sedar yang dia cukup bertuah dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan di sebalik setiap ujian, pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Hargai keluarga anda selagi mereka masih ada dan eratkan hubungan bersama mereka dengan meluangkan masa yang bermakna, walau di mana jua berada. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!

Tonton video penuh iklan raya TNB 2021 di bawah ini atau anda boleh saja klik di SINI.

Ramai yang tanya mana Jero? Jangan risau Jero memainkan peranan penting yang sangat istimewa dalam iklan Raya TNB kali ini.

Tonton video iklan Raya TNB ini hingga akhir untuk lihat apa yang dia nak lakukan!

Iklan TNB tak sah tanpa kehadiran Jero. Kali ini, Jero pun nak beraya di kampung bersama keluarga kucingnya. Nak tahu apa lagi Jero buat? Jangan lupa follow Instagram rasmi TNB di @tenaga_nasional ya.

Layari saluran YouTube TNB untuk menikmati lebih banyak karya sinematik yang dihasilkan dan untuk perkembangan terkini, anda boleh ikuti Facebook Tenaga Nasional Berhad.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik