seismik

[VIDEO] "Aik Kat Sini Ada Shopping Mall?" - Ini Kepelikan Di Bumi Gaza Yang Ramai Tak Tahu

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia cakna dengan isu Palestin.

Cover image via Nadir Al-Nuri (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masihkah anda ingat pertempuran selama 11 hari yang menyaksikan serangan berterusan di Semenanjung Gaza pada awal bulan Mei lalu?

Rejim Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, sejak 10 Mei lalu, selepas pejuang Hamas melancarkan roket ke arah wilayah dikuasai Israel.

Serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza menyebabkan 232 rakyat Palestin maut, termasuk 65 kanak-kanak, manakala 1,900 lagi cedera.

Selain itu, ia turut memusnahkan beberapa bangunan termasuk yang menempatkan pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera dan Associated Press.

Walau bagaimanapun, di sebalik konflik yang berlaku, seorang rakyat Malaysia dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang berada di Semenanjung Gaza telah berkongsikan realiti kehidupan sebenar di sana baru-baru ini.

Ikuti perkongsian video penuh yang dimuat naik oleh di laman Facebook beliau:

"Kepelikan di bumi Gaza. Aik, kat sini ada shopping mall?" - Nadir Al-Nuri

Muhammad Nadir atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri memberitahu, niatnya untuk berkongsikan video itu adalah untuk membuka mata rakyat Malaysia bagi mengenal sedikit demi sedikit mengenai kehidupan di bumi Gaza tidaklah seperti yang dibayangkan.

Di dalam posting video berkenaan, beliau juga turut menunjukkan keadaan dan suasana aktiviti membeli-belah di sebuah pasar raya yang dikunjungi majoritinya penduduk Semenanjung Gaza sendiri.

"Tunjukkan kepada kalian, mungkin kepelikan yang kalian jangkakan tiada di bumi Gaza. Di bumi Gaza ini sebenarnya ada shopping mall. Nak kata kompleks takdalah tapi shopping mall ada," ujarnya.

"Saya betul2 ingat Gaza ni macam padang jarak padang tekukur selama ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Nadir Al-Nuri kerana berkongsi video suasana sebenar dan realiti kehidupan rakyat Palestin di Gaza.

Hal ini kerana ada di antara mereka yang menyangka selama ini di Semenanjung Gaza berkenaan diibaratkan seperti 'padang jarak padang terkukur' tapi sebaliknya mereka masih melakukan aktiviti ekonomi seperti biasa.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Facebook:

Semoga perkongsian video daripada saudara Nadir Al-Nuri ini membuka mata rakyat Malaysia untuk mengenali lebih dekat sisi kehidupan rakyat Palestin di Gaza :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik & mengenai isu Palestin hanya di SAYS Seismik: