x

seismik

[VIDEO] Detik-Detik Kemenangan Penduduk Palestin Selepas Gencatan Senjata. Alhamdulillah!

Berakhir pertempuran antara Palestin dan Israel.

Cover image via @FatihahHalimm (Twiiter) & Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berlakunya gencatan senjata antara Palestin dan Israel semalam

Usaha gencatan senjata itu merupakan salah satu langkah daripada kedua-dua pihak untuk membendung pertumpahan darah yang berlangsung selama 10 hari.

Gencatan senjata yang berlangsung pada pukul 2 pagi tadi telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada Palestin.

Menurut sumber, penduduk Palestin meraikan kemenangan itu di jalanan. Buat pertama kalinya, kelihatan kereta di jalanan sambil membunyikan hon bagi meraikan gencatan senjata itu.

Tambahan lagi, tiada siren amaran dibunyikan di Israel bagi memberi amaran mengenai serangan roket Hamas, sekali gus menjadi petanda bahawa gencatan senjata itu dipatuhi kedua-dua belah pihak.

Image via Berita Harian

Raikan kemenangan dengan laungan takbir beramai-ramai

Menerusi video di bawah, laungan takbir raya juga kedengaran di masjid pada awal pagi tadi. Semua penduduk bangga dan gembira dengan kemenangan tersebut.

Mereka juga kelihatan melakukan sujud syukur di depan Masjid Al-Aqsa lalu menunaikan subuh berjemaah di Masjid berikut.

Berikut di bawah merupakan video detik-detik kemenangan penduduk Palestin:

Berakhir sudah pertempuran darah selama 11 hari

Berikutan dengan trendingnya #PalestineMenang di Twitter menunjukkan bahawa semua umat Islam gembira dengan berita baik ini. 

Kemenangan bukan saja berpihak kepada Palestin, malah kemenangan ini berpihak kepada semua yang memperjuangkan hak asasi kemanusian. 

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen daripada Twitter yang turut bangga dan gembira dengan kemenangan Palestin: 

Alhamdulillah, semoga kemenangan sentiasa berpihak kepada Palestin!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: