seismik

[VIDEO] Anak Berkeliaran Seorang Diri Dalam Mall, Netizen Tegur Mak Ayah Perlu Beringat

Jangan lalai!

Cover image via @liiyanaaaaaaaaaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ramai yang pergi ke pusat beli-belah untuk membeli keperluan sempena raya menjelang tiba

Ada ibu bapa yang membawa semua ahli keluarga termasuklah anak-anak dan juga bayi kecil ke shopping mall untuk membeli-belah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang anak kecil berkeliaran seorang diri di mall telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@liiyanaaaaaaaaaaa

jangan disebabkan kecuaian kita sebagai mak ayah kita menyesal di kemudian hari untuk peringatan sendiri dan semua , nasib adik comel ni tak nak ikut balik rumah

bunyi asal - Aiman Sidek - Aiman Sidek

Berlari sorang-sorang tanpa mak ayah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berkeliaran di shopping mall tanpa pengawasan orang dewasa.

Mujur, ada seorang gadis yang merupakan promoter sebuah kedai menyapanya dan memberi belon. Budak lelaki itu dilihat tidak takut dengan orang dan terus menerima belon tersebut.

Gadis itu dilihat membawa budak kecil itu ke kaunter informasi untuk membuat pengumuman kehilangan anak supaya dapat mencari ibu dan ayahnya.

"Lalai seminit, sesal seumur hidup. Syukurlah dapat jumpa orang baik macam awak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 657K tontonan, 50K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik lah jumpa akak yang baik ni. Bagi mak ayah, jangan cuai dan sentiasa pegang anak-anak!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: