seismik

[VIDEO] Anak Selamba Letak Bayi Dekat Tepi Katil, Si Ibu Pula Sampai Tak Tenang Nak Solat

Macam tu dia letak adik dia ya.

Cover image via @norbahiyah_abkarim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi yang sudah berkahwin, mempunyai cahaya mata adalah satu anugerah terindah daripada Tuhan

Tidak dinafikan dengan kehadiran mereka dalam rumah tangga, semakin meriah suasana dalam rumah. Tambahan lagi dengan kerenah dan gelagat mereka yang tidak boleh duduk diam.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila reaksi seorang ibu bila melihat anak perempuannya meletakkan bayi di atas katil mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuak lihat anak letak bayi dekat hujung katil

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang sembahyang di dalam sebuah bilik semasa itu. Namun tidak lama kemudian, seorang anak perempuannya masuk sambil memegang bayi di tangannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah tidak sampai beberapa minit masuk ke dalam bilik tersebut, kanak-kanak itu dilihat meletakkan bayi berkenaan di atas katil dan terus keluar.

Tetapi, dia bukanlah letak bayi itu betul-betul di atas tengah katil malah, diletakkan tepi katil sehingga menyebabkan bayi itu seakan-akan mahu terjatuh.

Terlihat keadaan itu, si ibu dengan pantas terpaksa memberhentikan solatnya dan terus mengambil bayinya itu.

"Macam tulah seorang ibu, tak tenang nak solat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau mereka melihat keadaan bayi itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 449.9K views, 18.6K likes dan 320 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai dik, tepi betul ya dia letak. Nasib baik tak jatuh :{

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: