[VIDEO] Baru Nak Ponteng Kelas, Sekali Gelabah Bila Pensyarah Call Ajak 'Dating'
Kan dah kena.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kegiatan ponteng kelas dalam kalangan segelintir pelajar universiti bukanlah sesuatu perkara yang baharu
Hal ini kerana, mungkin mereka kurang minat terhadap sesuatu subjek atau terpengaruh dengan rakan sebaya yang suka ponteng kelas.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang pelajar yang kantoi ponteng kelas oleh pensyarahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna suara ceria call pelajar ponteng kelas, siap ajak dating lagi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ammarecano, kelihatan rakaman seorang pensyarah sedang menelefon pelajarnya di dalam sebuah kelas.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia memanggil pelajarnya bernama Lutfi, yang sedang ponteng untuk masuk ke kelas dengan suara yang ceria dan sporting.
"Mari lah dating dengan saya, sekarang", seloroh pensyarah tersebut. Hal ini telah mengundang tawa pelajar-pelajar lain yang turut berada di dalam kelas itu.
"Aku kena Facetime waktu bangun lambat, ingat member sekali angkat lecturer rupanya" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 441.1K views, 51.3K likes dan 360 comments di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka kena call dengan lecturer.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Haa, ponteng lagi kelas kan dah kena. Harap-harap abang sempat lah mandi dulu sebelum sampai kelas tu ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!