seismik

Selamba Baring Atas Bantal, Aksi Comel Baby Dekat MR DIY Buat Ramai Teringin Nak Beli

Nak beli juga!

Cover image via @jayjay150214 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membeli-belah di kedai serbaneka terkenal MR DIY merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan

Kedai ini memang favourite mak dan ayah kita. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di situ, termasuklah peralatan gardening dan juga barangan decoration rumah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan sepasang suami isteri yang 'terjumpa' baby comel ketika membeli-belah di MR DIY telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

'Terjumpa' baby comel dekat MR DIY, siap tanya berapa harga nak beli

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jayjay150214, kelihatan dia bersama isterinya sedang membeli-belah di kedai serbaneka MR DIY.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila mereka terjumpa baby comel sedang berbaring bersama plushie di kedai serbaneka tersebut. Difahamkan, bayi itu sebenarnya merupakan anak mereka sendiri.

Lebih menghiburkan, mereka berdua berpakat nak membeli baby itu dan siap bertanyakan berapa harganya.

"MR DIY mana ni bang? Nak beli juga" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.1M views, 155.4K likes dan 1.9K comments di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga netizen yang turut ingin membeli baby comel di MR DIY tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau dah restock baby tu bagitahu tau, sebab admin pun nak beli jugak :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik