seismik

Video Bayi 2 Tahun Ini 'Wall Climbing' Akan Buatkan Kamu Ternganga

Selamba saja bayi ini panjat dinding tanpa tali keselamatan. Tak gayatkah kau, dik?

Cover image via tnp.sg

Perkenalkan, ini Ellie Farmer, bayi yang dikenali sebagai Little Zen Monkey, dan kini sedang menjadi sensasi internet

Ellie mula mendapat perhatian netizen antarabangsa apabila video wall climbing*nya semasa berusia **19 bulan* ini dimuat naik oleh ibunya di laman sosial

A phenomenal send:

Posted by The Little Zen Monkey on Tuesday, June 23, 2015

Video berdurasi 1 minit 53 saat ini menunjukkan Ellie sedang membuat aksi wall climbing tanpa memakai tali keselamatan mahupun panduan dari orang dewasa, dan dia berjaya memanjat sehingga ke puncak.

Dalam video ini juga Ellie kelihatan seperti seorang profesional kerana setiap langkahnya semasa memanjat dinding itu dilakukan dalam keadaan tenang dan penuh kalkulatif, walaupun usianya belum pun dua tahun.

Ibu Ellie, Rachael Lee Farmer juga merupakan seorang wall climber dan penggemar sukan lasak. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?

Rachael telah melatih Ellie wall climbing sejak bayi itu berusia lapan bulan lagi

Some assist from mama.

Posted by The Little Zen Monkey on Tuesday, June 23, 2015

Ellie juga sering turut serta membuat senaman untuk wall climber bersama ibunya, contohnya seperti pull-ups ini

Belum tahu berjalan, sudah nak bersenam. Tapi nampak menyakitkan je tu..

Image via Facebook The Little Zen Monkey

Namun begitu, ada netizen yang kurang senang dengan tindakan ibu bapa Ellie yang membiarkan bayi itu memanjat dinding tanpa sebarang tali keselamatan

Image via imgur.com

Ada juga netizen yang risaukan tumbesaran otot lengan Ellie, yang menurut beliau tidak sesuai di peringkat umur semuda itu yang memerlukan tumbesaran keseluruhan badan, bukan hanya anggota badan tertentu. Sebenarnya, ada betul juga kata netizen tersebut.

Tapi yang pasti, sudah terang lagi bersuluh bayi ini nampak gembira dan sihat bila wall climbing

Dan sudah tentu ibu bapa Little Zen Monkey ini sudah memikirkan baik buruk kesan aktiviti tersebut kepada anak mereka.

Lagipun dinding yang dipanjat oleh Ellie mempunyai ciri-ciri khas keselamatan untuk kanak-kanak kerana ia menegak pada permulaan pendakian dan condong sehingga ke puncak. Lantai di sekeliling juga adalah lembut, dan Ellie mendapat pengawasan sepenuhnya dari kedua ibubapanya.

Bagi yang belum melihat sendiri kehebatan Ellie Farmer, kami kongsikan video bayi comel ini wall climbing sekali lagi:

A phenomenal send:

Posted by The Little Zen Monkey on Tuesday, June 23, 2015

Kalau suatu hari nanti ibu Ellie mengalami kesukaran menidurkan bayinya, mungkin beliau boleh guna kaedah ini:

You may be interested in: