seismik

[VIDEO] Buat Cup Holder Supaya Minuman Customer Tak Tumpah, Rider Ini Raih Pujian Ramai

Rider ini patut dapat anugerah!

Cover image via @emmygrab2022 (TikTok) & All Singapore Stuff (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai rider semestinya tidak mudah dan banyak cabarannya

Iyalah, mereka perlu meredah hujan dan panas untuk memastikan pelanggan mendapat makanan yang dipesan pada masa ditetapkan. Selain itu, mereka juga perlu memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah semasa di atas jalan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang rider menginovasikan caranya menghantar minuman telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beli cawan dan ikatkan dalam beg delivery

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider Grab menunjukkan beg deliverynya di akaun TikTok. 

Apa yang lebih mengagumkan adalah apabila dia dilihat membeli cawan dan mengikat kesemua cawan itu di dalam begnya. Tujuan rider itu berbuat sedemikian adalah kerana untuk mengelakkan minuman customer daripada tertumpah. 

Ramai yang memuji rider itu kerana kebanyakan pelanggan pernah mengalami air tumpah apabila rider telah sampai ke rumah mereka.

"Baru betul kerja guna otak. Semoga dilimpahkan rezeki bahagia selalu bang dan sentiasa bersemangat." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 662K tontonan, 43K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kreativiti rider itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaik bang, macam ni baru bertanggungjawab dalam bekerja!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: