Nyaris Tercium Kereta Depan, Pemuda Ini 'Sound' Orang Suka Modify Kereta Warna Gelap
Bahaya untuk pengguna jalan raya.
Kebanyakan kaum lelaki di luar sana mempunyai minat dalam bidang automotif
Bukan saja minat melihat kereta-kereta yang ada di pasaran, namun mereka juga suka mengubah gaya asal kereta tersebut jika dibeli. Modify kereta sudah menjadi satu hobi bagi sesetengah kaum lelaki.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang pemuda tidak puas hati terhadap pemilik kereta yang telah diubah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Pemuda ini berang sebab sikit lagi nak langgar kereta depan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda memuat naik ciapan tentang ketidakpuasan hati terhadap pemilik kereta yang berada di depannnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia merungut dan marah kerana lampu kereta di depannya diubah menjadi warna yang gelap sehinggakan pengguna lain tidak nampak lampu itu kalau menyala.
Sedangkan lampu brek tersebut merupakan lampu yang paling penting bertujuan untuk memberi signal kepada kereta belakang.
"Ada yang buat lampu brek nampak macam lampu reverse and kelip-kelip. Confuse kereta kat belakang" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 469K views, 2K retweets, 252 quote tweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!