x

seismik

[VIDEO] Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pentingnya Wajib Pakai 'Sunblock' Walaupun Dalam Rumah

Jangan skip pakai sunblock okay.

Cover image via @mediiskinstudio (Instagram) & The List

Memiliki kulit muka yang bersih dan bebas dari jerawat adalah impian bagi setiap orang. Bukan saja bagi wanita malah lelaki zaman sekarang pun sangat mementingkan penjagaan kulit mereka.

Bukan saja bagi wanita, malah lelaki zaman sekarang pun sangat mementingkan penjagaan kulit mereka. Siapa je yang mahukan kulit muka tiba-tiba breakout bukan? Ia pasti akan menjadi mimpi ngeri yang tidak dapat dilupakan.

Sebab itu pentingnya untuk kita menyemak semula rutin penjagaan muka dan ketahui jenis kulit sebelum menggunakan sesuatu produk.

Baru-baru ini tular video mengenai video perkongsian seorang doktor di laman Instagram menceritakan betapa pentingnya pemakaian sunblock pada muka.

Jangan skip pakai sunblock walaupun berada di rumah

Menerusi video perkongsian tersebut, doktor yang dikenali sebagai Dr. Ingky itu menjelaskan betapa pentingnya pemakaian sunblock dalam rutin penjagaan muka yang betul.

Dia menjelaskan beberapa masalah kulit bakal berlaku jika kita tidak menggunakan penggunaan sunblock seperti masalah kedut di muka, pigmentasi dan kulit akan cepat menjadi kering.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buatlah apa rawatan sekali pun tak akan jalan kalau tak pakai sunblock

Tambah Dr. Ingky lagi, Malaysia memang negara yang sangat panas dan menyebabkan kita banyak terdedah kepada cahaya matahari.

Dia juga menjelaskan jika tidak menggunakan sunblock dalam rutin harian, cubalah apa-apa rawatan sekali pun ia tetap tidak akan meninggalkan kesan yang baik kepada muka.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut membanjiri dengan pelbagai pertanyaan mengenai kulit mereka

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 115.5K views dan 201 comments.

Berikut adalah komen-komen daripada netizen di Instagram:

Penting rupanya penggunaan sunblock ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik