seismik

[VIDEO] Gara-Gara Kena Kuarantin, Suami Isteri Ini Terpaksa Berpisah Dengan Kucing

Tak boleh jumpa kucing seminggu.

Cover image via @ilinadhrahkamal (TikTok)

Kemuncak penularan varian Omicron sejak kebelakangan ini telah menyebabkan ramai disahkan positif Covid-19

Kebanyakan yang dijangkiti wabak ini pasti akan berasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga tercinta buat sementara waktu. 

Begitu jugalah buat pasangan suami isteri yang viral di TikTok ini apabila terpaksa berkuarantin dan perlu berpisah dengan kucing kesayangan mereka. 

Lihat video penuh di bawah:

@ilinadhrahkamal

Covid sucks, we miss our baby so bad

ABCDEFU Romantic Version - TylerShawMusic

Tak biasa berpisah, kucing ini tunggu tuannya setiap hari depan pintu bilik

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @ilinadhrahkamal, kelihatan gelagat kucing tersebut yang jelas sangat rindu akan belaian tuannya.

Kucing tersebut selalu berlegar-legar dan menunggu tuannya di hadapan pintu bilik kerana ingin meluangkan masa bersama.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila dia sempat merakam kucing tersebut memerhatikanya daripada jauh.

Aaaa we in same situation, kucing I semua duduk depan pintu bilik - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 346.2K tontonan, 63.4K tanda suka dan 763 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Faham sangat perasaan rindu dekat kucing ni :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: