seismik

[VIDEO] Gelagat Lucu Kanak-Kanak Ini Ketika 'Night Walk' Mengimbau Nostalgia Warganet

Rindu betul zaman kanak-kanak.

Cover image via @dannyfitt_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Keriuhan dan suasana ketika zaman kanak-kanak sangat berbeza apabila kita mula meningkat dewasa

Pelbagai kenangan dan memori indah yang dapat kita ingati semasa menjadi kanak-kanak. Tanpa memikirkan banyak masalah, hidup ini hanya sekadar enjoy dan bermain bersama rakan-rakan yang lain.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok, telatah kanak-kanak ini ketika menjalani sesi night walk sangat menghiburkan dan berjaya mencuri tumpuan warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sering ditakutkan dengan suara dan gangguan aneh, gurauan abang kakak fasilitator pula memeriahkan suasana

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @dannyfitt_ di TikToknya, kelihatan sekumpulan budak lelaki sedang menjalankan aktiviti night walk di sekolah mereka.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka dikacau oleh abang dan kakak fasilitator yang sedang bertugas ketika itu.

Lebih menghiburkan lagi, segelintir daripada mereka siap berzikir dan menjerit ketakutan. Mereka menyangka itu adalah gangguan 'hantu' betul, rupa-rupanya cuma gurauan dari abang kakak fasilitator.

Gelagat budak-budak itu turut meraih perhatian dari warganet kerana aktiviti tersebut berjaya mengimbau kenangan mereka ketika menjadi kanak-kanak.

"Paling tak boleh tahan dulu suruh lompat sebab ada kubur." - Netizen

Tinjauan di ruangan mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi pengalaman mereka menjalani sesi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 60.8K views, 4.3K likes dan 113 comments. 

Berikut di bawah adalah komen warganet di TikTok:

Seronok ya kacau budak-budak ni :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: