seismik

[VIDEO] "Boikot Ke Atas Brunei Adalah Amaran Kepada Malaysia" - George Clooney

Wow, nama Malaysia disebut.

Cover image via SAYS via Reuters

April lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati ke atas pesalah hubungan sejenis dan penzina di negara itu

Image via Mirror

Hukuman itu dijadualkan berkuatkuasa pada 10 April 2019 di bawah undang-undang syariah yang ditangguh selama 4 tahun kerana mendapat kritikan hebat.

Negara kesultanan kecil itu akan melaksanakan kanun keseksaan baru yang tegas, yang turut menetapkan hukuman potong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri.

Keputusan itu mendapat kecaman dan bantahan hebat dari seluruh dunia khususnya negara-negara barat. Susulan daripada bantahan itu, Sultan Brunei menarik balik pelaksanaan tersebut.

Image via wsj.net

Untuk makluman, hukuman maksimum bagi kesalahan seks sesama lelaki di bawah undang-undang syariah adalah rejam sampai mati tetapi pesalah boleh juga dijatuhi hukuman penjara atau rotan.

Golongan wanita yang didapati mengadakan hubungan sejenis pula berdepan hukuman 40 sebatan rotan atau penjara maksimum 10 tahun.

Reputasi Sultan Brunei kini tercalar apabila para aktivis dan selebriti terkenal - termasuk George Clooney menyeru untuk memboikot The Beverly Hills Hotel, yang dimiliki oleh Sultan Brunei

Image via Reuters

Beberapa bank utama, termasuk J.P. Morgan, Kumpulan Goldman Sachs dan Bank of America turut melarang pekerja mereka daripada menginap di hotel-hotel yang dimiliki oleh Sultan Brunei, termasuk kumpulan hotel mewah Dorchester Collection.

Di UK pula, segala iklan dan promosi pelancongan ke negara Brunei telah diturunkan.

Terbaru menerusi rancangan The Ellen Show, George Clooney berkata pembatalan hukuman tersebut adalah satu kemenangan besar buat masyarakat dunia

Image via imgur.com

"Cara kita menjadikan perkara ini sukar adalah dengan memboikot hotelnya. Itu tidak menjadi masalah kepada seorang lelaki kaya. Kita tidak boleh memalukan 'orang jahat', tetapi kita boleh memalukan orang-orang yang melakukan perniagaan dengan mereka.

"Dan apabila bank dan institusi kewangan mula berkata 'baiklah, kita keluar daripada perniagaan Brunei', maka dia pun berundur dan mengubah keputusannya," kata Clooney.

Malah, Clooney turut menganggap perkara ini merupakan satu amaran buat negara seperti Malaysia dan Indonesia yang mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang syariah

Lihat temubual penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pada 2015, sebuah media dari Australia mengeluarkan satu dokumentari khas berjudul 'The Playboy Sultan' yang menceritakan kisah keluarga Sultan Brunei:

Hanya ada satu sebab:

You may be interested in: