seismik

[VIDEO] Giliran PU Haris Pula Nak Bagi 'Reward' RM300 Untuk Pelajar SPM 2020 Yang Dapat 5A

Semoga dimurahkan rezeki selalu buat PU Haris dan keluarga!

Cover image via @harisbismail (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kini tiba giliran pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pula menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam

Menurut sumber, PU Riz, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.

"Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

"Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

"Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah," katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

PU Riz jemput semua pelajar yang terpilih sertai sesi live di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang, esok (12 Jun 2021)

"Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi 'live' bersama saya. Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

"Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang

"Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula," ujarnya.

Berikut di bawah antara screenshoot dimuat naik oleh PU Haris yang di mana para pelajar berkenaan telah terpilih untuk menerima hadiah daripadanya:

Haa.. tunggu apa lagi? Cepatlah pergi DM sana dan claim RM300 korang! Semoga dimurahkan rezeki selalu PU Haris :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: