seismik

PKP 3.0: Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan Kini Dibuka

Semak kelayakan anda terlebih dahulu.

Cover image via Malaysia Kini & Kosmo!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anda kini boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan bermula hari ini, 10 Jun 2021

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN itu khas bagi yang hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja atau pendapatan terjejas.

Menurut sumber, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam terbabit perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0 mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Malah, katanya tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan.

Katanya, penangguhan bayaran balik selama tiga bulan itu akan bermula pada bulan permohonan diluluskan, dan dua bulan lagi di antara Jun sehingga Oktober.

Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui emel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan

Jelas Ahmad Dasuki lagi, peminjam diingatkan untuk mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan keputusan berkenaan kelulusan permohonan penangguhan sampai kepada mereka.

Mengenai peminjam yang tidak terkesan pula katanya, mereka boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran yang disediakan.

PTPTN mengucapkan terima kasih serta merakamkan setinggi penghargaan kepada peminjam yang terus komited membuat bayaran balik pinjaman demi kelangsungan pembiayaan PTPTN kepada pelajar lain pada masa akan datang.

Untuk maklumat dan sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: