Tawar Sehingga RM3,000 Untuk Beli Duit RM1 Lama, Ramai Yang Teruja Dengan Posting YB Ini
Hello, I'm an old money collector.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berita baik buat pengumpul dan peminat duit lama sedia ada yang mempunyai wang kertas RM1
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Mohd Shaid Rosli menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang keenam, Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook miliknya, Mohd Shaid berkata, tawaran akan meningkat kepada RM2,000 dan RM3,000 jika keadaan wang kertas RM1 itu berada dalam keadaan baik dan sempurna.
"Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang ada kat anda. Kalau ada yang tanda tangan yang sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1,000.
"Jika keadaan cantik, saya beli dengan harga RM2,000. Kalau lagi cantik, saya beli dengan harga RM 3,000," katanya.
Sementara itu, posting berkenaan telah mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial
Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai warganet juga ada menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka.
Ketika artikel ini ditulis posting tersebut sudah pun meraih lebih 1.3K likes, 359 comments dan 1.6K shares.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada warganet di Facebook: