[VIDEO] Lihat Reaksi Anjing Ini Bila Dilepaskan Untuk Serang Pemuda Palestin Tengah Solat
Subhanallah.
Umum sedia maklum, konflik antara Israel-Palestin sudah lama berlaku dan Israel sanggup buat apa saja untuk menghancurkan rakyat Palestin
Antara serangan kejam yang Israel lakukan kepada rakyat Palestin adalah serangan bom dan tembakan.
Baru-baru ini, tular satu video di laman sesawang Twitter yang dikongsikan oleh seorang pengguna di mana dua orang lelaki Israel telah melepaskan seekor anjing untuk menyerang seorang pemuda Palestin yang sedang menunaikan solat bersama anaknya di tepi jalan.
Bapa dan anaknya itu nampak ketakutan tetapi mereka tetap meneruskan solat sehingga habis. Namun, selepas beberapa saat anjing itu menyalak di tepi mereka, lain pula yang jadi.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Anjing itu tidak menyerang, tetapi dia tunduk dan akhirnya baring di sebelah bapa dan anaknya
Di hujung video, anjing itu baring di tepi mereka dan seolah-olah jinak selepas menyalak beberapa kali apabila ia tidak diendahkan.
Sebaik saja bapa itu habis solat, dia menunjuk jari telunjuk kanannya ke atas tanda ingin memberitahu isyarat Tuhan yang satu dan dengan kuasa Allah SWT, mereka dilindungi daripada diserang anjing tersebut.
"Even animal know how to respect other's religion, why can't human?" - Netizen
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sebak dan mereka berkata haiwan pun tahu hormat orang yang tengah solat.
Tetapi, ada juga yang berkata video ini adalah suntingan yang diambil daripada filem pendek di YouTube Media Elshar3.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 212,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan 8,000 retweets daripada netizen.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter: