seismik

Tak Sanggup Tengok Ayah Tidur Sambil Duduk, Remaja Ini Hadiahkan Kerusi Malas Walaupun...

Sebak tengok video ni, semoga ayah dia cepat sembuh!

Cover image via @ahmaadsafuan (TikTok)

Dalam dunia ini, pengorbanan seorang anak itu amatlah berharga untuk balas jasa ibu bapa yang telah besarkan kita selama ini

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok di mana seorang remaja lelaki telah memuat naik video ayahnya dalam aplikasi tersebut.

Video berdurasi hampir 1 minit itu telah meninggalkan kesan kepada semua penonton kerana sebak apabila remaja bernama Ahmaad Safuan itu bercerita tentang keadaan ayahnya yang sakit.

Menurut Ahmaad Safuan, ayahnya ada masalah jantung dan tidak dapat tidur dalam keadaan baring kerana sesak nafas. Disebabkan itu, sudah beberapa hari ayahnya terpaksa tidur dalam keadaan duduk di atas sofa.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Ayah hantar gambar kerusi malas dalam WhatsApp group family

Tak sampai hati lihat keadaan ayahnya yang tidak sihat dan tak dapat tidur dalam keadaan selesa, remaja itu sanggup pergi ke kedai perabot dan cari kerusi malas seperti yang diminta ayahnya.

Ahmaad Safuan kini menjalankan bisnes kecil-kecilan iaitu menjual coklat dalam balang (choco jar) kerana dia telah dibuang kerja akibat pandemik Covid-19.

Menurut Ahmaad Safuan, dia bersyukur walaupun dibuang kerja, Allah beri rezeki lain di mana bisnesnya semakin maju dan dia puas hati dapat hadiahkan kerusi malas buat ayahnya hasil titik peluh sendiri.

"Balik rumah sebak tengok Abah duduk atas lantai. Muka nampak sangat tak cukup tidur. Masa bawak masuk kerusi tu Abah senyum sampai ke telinga. Tak sabar nak guna, alhamdulillah Abah suka," katanya.

Dihujani hampir 6,000 komen sebak dan doa daripada netizen supaya ayahnya cepat sembuh

Susulan daripada video itu yang tular sehingga kini mendapat hampir 1 juta tontonan dan lebih 108,000 tanda suka di TikTok, ramai yang terkesan dan sebak melihat keadaan ayah Ahmaad Safuan yang nampak tak bermaya.

Mereka juga meninggalkan doa buat ayahnya supaya cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Tak kurang juga, ada yang turut berkongsi tentang arwah ayah dan ibu mereka yang pernah mengalami keadaan sama seperti ayah Ahmaad Safuan.

Background music di dalam video tersebut berjudul 'Ayah' dendangan kumpulan terkenal Indonesia, Seventeen juga memainkan peranan sehingga buat ramai sebak.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk berbakti kepada ibu bapa sementara mereka masih ada :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: