seismik

Ayah Hilang Banyak 'Job' Sebab PKPB, Graduan Ini Sanggup Buat Kerja Sanitasi Demi Keluarga

Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.

Cover image via @a_ariff (Twitter)

Tidak dinafikan, ramai yang hilang pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 di negara ini sejak Mac lalu

Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini di Twitter, di mana seorang remaja lelaki telah memuat naik tweet di laman sosial itu memberitahu bahawa ayahnya kehilangan peluang kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menurut ciapan remaja itu, sebelum ini ayahnya banyak melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan masjid.

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Tidak sia-siakan peluang yang ada, remaja bernama Ariff ini usaha cari rezeki untuk keluarga

Disebabkan perkara tersebut, Ariff yang merupakan graduan dan masih belum bekerja telah mengambil keputusan untuk membantu ayahnya.

Dia kini melakukan kerja-kerja sanitasi di premis seperti kawasan pejabat, kedai dan masjid.

Menerusi ciapannya yang kini mendapat lebih 7,000 retweet dan 5,000 tanda suka di Twitter, Ariff juga meminta sesiapa yang memerlukan khidmat sanitasi untuk menghubunginya.

Lihat video di bawah semasa dia sedang melakukan sanitasi di sebuah masjid di Putrajaya:

Mendapat sokongan, pujian dan doa daripada netizen

Ariff juga telah menerima banyak komen positif serta ucapan terima kasih daripada netizen kerana sikap mulia untuk bantu ayahnya dan ada juga yang menawarkan khidmat bantuan dalam industri kerja-kerja pembersihan.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sesungguhnya anak yang baik adalah anak yang sentiasa memudahkan urusan ibu bapanya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: