Guna Duit Gaji Yang Diterima Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Raih Simpati Warganet
"Siapa pulak yang potong bawang ni?" - Warganet.
Siapa je dekat dunia ni yang tak suka haiwan comel seperti kucing kan?
Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter tentang seorang pengawal keselamatan yang sangat sayangkan kucing dan guna duit gaji yang tidak seberapa untuk beli makanan kucing di tempat kerjanya.
Menerusi tweet yang dimuat naik oleh wartawan Media Prima Berhad, dia telah berkongsi status seorang lelaki di Facebook iaitu pekerja di tempat pengawal keselamatan itu bertugas.
"Dia suka kucing dan sangat sayangkan kucing yang pergi tempat kerja aku. Dia guna duit gaji yang dia dapat tak seberapa untuk beli makanan kucing," katanya.
Baca ciapan penuh tersebut di bawah:
Pengawal keselamatan itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak yatim piatu
Simpati dengan keadaan guard tersebut yang juga dikatakan tiada tempat tinggal, lelaki bernama EncikD itu telah meminta tolong di statusnya supaya warganet memberi sumbangan kepada guard tersebut yang dipanggilnya Abang Bob.
Susulan tularnya tweet di Twitter itu, ianya turut meraih perhatian warganet sehingga mendapat lebih 18,000 retweet dan lebih 14,000 tanda suka ketika artikel ini ditulis.
Ramai yang memberi sumbangan ikhlas kepada Abang Bob dan sebak bila tengok keadaannya yang kurang upaya tetapi tetap berkongsi rezeki dengan kucing di tempat kerjanya.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter: