“Kapten Corner Punca Rezeki” - Pilot Ini Sanggup Pakai Uniform Semasa Berniaga Sebab...
Jom support Kapten Corner!
Baru-baru ini, umum sedia maklum lebih 2,000 orang dibuang kerja oleh syarikat penerbangan Malindo Air akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara
Semestinya ia merupakan detik paling sukar buat mereka terutamanya juruterbang yang sudah lama berkhidmat di syarikat penerbangan tersebut.
Disebabkan itu, ramai yang terpaksa ikhtiar cara lain untuk mencari punca rezeki baru. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil, menjadi peniaga online atau jika ada duit lebih terpaksa sewa tapak untuk buka kedai adalah salah satu solusi.
Begitu juga dengan kisah perkongsian tentang seorang pilot yang bernama Kapten Azrin Mohamad Zawawi ini. Menerusi satu posting di Facebook yang dikongsi ayahnya, difahamkan dia kini berniaga di gerainya sendiri iaitu Kapten Corner.
Posting itu telah mendapat perhatian ramai dan kini meraih hampir 1,000 tanda suka dan 500 shares di Facebook
Apa yang menarik minat ramai orang adalah kerana Kapten Azrin memakai full set uniform ketika berniaga. Menurut ayahnya, dia memakai pakaian itu kerana tidak tahu bila lagi dapat merasa pakai uniform juruterbang selepas baru saja dibuang kerja oleh Malindo Air.
"He wouldn't know when he will be donning the uniform again as a pilot as nobody knows about the future of the aviation industry," kata ayahnya.
Ayah Kapten Azrin telah membuka pintu rezeki yang lebih luas untuk anaknya selepas memuat naik status dan kebetulan ianya menjadi viral.
Antara menu jualan di gerainya adalah mi kari, mihun sup, laksa utara dan rojak buah. Gerainya terletak di Boom Town USJ11, Subang Jaya.
Jadi, bagi sesiapa yang teringin nak cuba dan suka food hunting, anda boleh datang ke Kapten Corner dan support perniagaan Kapten Azrin.
Mendapat banyak sokongan dan kata-kata positif daripada warganet
Susulan tularnya posting tersebut, ia telah mendapat banyak komen daripada kawan-kawan serta warganet. Mereka kagum dengan semangat Kapten Azrin yang tidak mudah putus asa menaikkan perniagaan barunya walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai seorang pilot.
Antara komen menarik daripada warganet di Facebook: