“Danish Harraz Is Future Ustaz Ebit Lew” - Chef Cilik Ini Buat Ramai Tersentuh & Bangga
Kita yang dewasa pun tak terfikir nak tolong orang lain macam apa yang Danish buat.
Sejak pandemik Covid-19 berlaku, memang ramai yang terpaksa berhentikan pekerja dan tutup bisnes akibat tiada untung
Begitu juga dengan seorang lelaki yang bernama Abdul Ghafur ini, di mana dia telah memuat naik gambar bersama seorang pekerjanya yang dipanggil Mamat beberapa hari lalu.
Menerusi gambar yang dimuat naik melalui akaun Twitter peribadinya, dia memberitahu bahawa pada 31 Oktober lalu adalah hari terakhir Mamat bekerja dengannya.
Difahamkan, dia terpaksa berhentikan Mamat kerana tidak mampu untuk bayar gaji pekerjanya itu memandangkan keadaan hidup dan bisnes yang sukar sejak pandemik berlaku.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Susulan tularnya tweet tersebut, ia telah mendapat perhatian ramai apabila Abdul Ghafur memuat naik mesej peribadi yang diterimanya daripada seorang chef cilik terkenal, Danish Harraz
"Sometimes, a kid does better than the man in power. This is @Danish_Harraz everyone. I’m just giving credit where it’s due. I’m quite embarrassed about this too," katanya.
Sedikit info tentang Danish Harraz, dia mula dikenali ramai sejak menubuhkan badan kebajikannya sendiri ketika baru berusia 9 tahun. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, dia sudah pun menghulurkan bantuan kepada lebih 100 keluarga.
Malah, usahanya itu turut mendapat perhatian media antarabangsa apabila kisahnya dipaparkan di BBC My World iaitu sebuah siri dalam talian yang diterbitkan oleh Angelina Jolie dan BBC World Service.
Dia juga mempunyai bisnes sendiri iaitu Danish's RedKitchen, dari situlah ramai yang memanggilnya chef cilik.
Mesej Danish Harraz yang ingin bantu Abdul Ghafur supaya kekalkan Mamat di kedainya telah buat ramai sebak
Ramai yang sedih dan bangga apabila baca mesej daripada Danish Harraz itu kerana dia masih kecil tetapi mempunyai hati yang besar sampai sanggup berikan separuh duit yang diperolehi dari kerjanya kepada pemilik kedai tersebut semata-mata untuk pastikan Mamat tidak dibuang kerja.
Iya lah, kita yang dewasa ini pun kadang-kadang tidak mampu untuk tolong orang lain yang dalam kesusahan. Tindakan adik Danish Harraz memang patut dicontohi. Ada juga yang berkata dia bakal jadi seperti Ustaz Ebit Lew kerana sifatnya yang selalu tolong orang lain itu.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter: